Lelaki tunjuk kemaluan diberkas

Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya ke arah seorang wanita di dalam Transit Aliran Massa (MRT) di sini, pada 5 Disember lalu.. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Ahmad Sukarno
Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya ke arah seorang wanita di dalam Transit Aliran Massa (MRT) di sini, pada 5 Disember lalu.. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Ahmad Sukarno
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya ke arah seorang wanita di dalam Transit Aliran Massa (MRT) di sini, pada 5 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan jam 11.40 malam di Bandar Sungai Long Kajang, Selangor, pada Isnin.

"Pihak polis menerima satu laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 22 tahun berhubung perbuatan tidak senonoh itu pada jam 9.32 malam, 5 Disember lalu.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa suspek berada di dalam sebuah gerabak MRT dari Stesen Kepong Baru ke Stesen Metro Prima, di sini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ahmad Sukarno berkata, suspek mengaku dengan sengaja menunjukkan kemaluannya ke arah pengadu semasa berada di dalam gerabak tersebut.

"Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955," katanya.

Artikel Berkaitan: