Laluan berliku menanti Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee Wei di Hangzhou

Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Aaron Chia-Soh Wooi Yik
A
A
A

LALUAN berliku menanti dua beregu negara apabila menyingkap tirai kumpulan Kejuaraan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2023 di Hangzhou, China bermula Rabu hingga Ahad ini.

Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik diundi dalam Kumpulan A bersama dua gandingan dari China melibatkan ranking pertama dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang dan Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi selain wakil Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Saingan beregu campuran pula juara Terbuka Taiwan 2023, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei diundi dalam kumpulan A bersama pemenang gangsa Kejohanan Dunia 2023, Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun yang juga merupakan gandingan ranking kedua dunia.

Turut diundi dalam kumpulan itu ialah pasangan keempat dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping yang merangkul tujuh gelaran juara musim ini selain gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh- Sapsiree Taerattanachai.

Berdasarkan format kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$2.5 juta (RM11.70 juta) itu hanya dua pasangan teratas setiap kumpulan layak ke separuh akhir.

Malaysia tidak mempunyai wakil dalam kategori perseorangan lelaki dan wanita serta beregu wanita pada kejohanan penutup musim itu selepas pemain negara gagal berada dalam kelompok lapan terbaik dalam 'Race to BWF World Tour Finals 2023'.

PERSEORANGAN LELAKI

Kumpulan A:

Artikel Berkaitan:

Kodai Naraoka (JPN), Shi Yu Qi (CHN), Anthony Sinisuka Ginting (INA), Viktor Axelsen (DEN)

Kumpulan B:

Jonatan Christie (INA), Li Shi Feng (CHN), Anders Antonsen (DEN), Kunlavut Vitidsarn (THA)

PERSEORANGAN WANITA

Kumpulan A:

An Se Young (KOR), Tai Tzu Ying (Taiwan), Kim Ga Eun (Korea Selatan), Gregoria Mariska Tunjung (Indonesia)

Kumpulan B:

Chen Yu Fei (China), Carolina Marin (Sepanyol), Han Yue (China), Beiwen Zhang (Amerika Syarikat)

BEREGU LELAKI

Kumpulan A:

Liang Weikeng- Wang Chang (China), AARON-WOOI YIK (Malaysia), Liu Yu Chen- Ou Xuan Yi (China), Takuro Hoki-Yugo Kobayashi (Jepun)

Kumpulan B:

Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto (Indonesia), Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae (Korea Selatan), Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen (Denmark, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana (Indonesia)

BEREGU WANITA

Kumpulan A:

Chen Qing Chen-Jia Yi Fan (China), Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara (Jepun), Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti (Indonesia), Liu Sheng Shu-Tan Ning (China)

Kumpulan B:

Baek Ha Na-Lee So Hee (Korea Selatan), Nami Matsuyama -Chiharu Shida (Jepun), Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai (Thailand), Kim So Yeong-Kong Hee Yong (Korea Selatan)

BEREGU CAMPURAN

Kumpulan A:

Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping (China), Yuta Watanabe-Arisa Higashino (Jepun), TANG JIE- EE WEI (Malaysia), Dechapol Puavaranukroh -Sapsiree Taerattanachai (Thailand)

Kumpulan B:

Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong (China), Seo Seung Jae-Chae Yu Jung (Korea Selatan), Kim Won Ho-Jeong Na Eun (Korea Selatan), Tang Chun Man-Tse Ying Suet (Hong Kong).