'Terima kasih Ahmad Said banyak tabur jasa pimpin UMNO Terengganu' - Rozi

Ahmad (kiri) serah tugas Pengerusi UMNO Terengganu pada Rozi pada Rozi. - Foto Facebook Rozi Mamat
Ahmad (kiri) serah tugas Pengerusi UMNO Terengganu pada Rozi pada Rozi. - Foto Facebook Rozi Mamat
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Bekas Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menyerahkan tugas memimpin parti tersebut secara rasmi kepada Datuk Rozi Mamat pada Isnin.

Rozi menzahirkan penghargaan kepada bekas Menteri Besar Terengganu itu atas perkhidmatan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang menerajui parti berkenaan di negeri ini.

"Terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Said yang telah banyak menabur bakti dan jasa sepanjang beliau menerajui kepimpinan UMNO Terengganu.

"Setinggi ucapan terima kasih juga kepada kesemua ketua-ketua UMNO bahagian, ketua sayap Terengganu dan ahli-ahli UMNO kerana memberikan kepercayaan dan sokongan kepada saya bagi menerajui UMNO Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Tugas tersebut di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Terengganu di sini pada Isnin.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa Datuk Rozi Mamat dan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai pengerusi yang baharu di Terengganu serta Johor.

Ujar Asyraf, pelantikan tersebut berkuat kuasa serta-merta pada 7 Disember lepas.

Mengulas lanjut, Rozi berkata, beliau akan menjalankan tugas berkenaan dengan baik dan cemerlang.

Artikel Berkaitan:

"Perjalanan dan tanggungjawab ini bukanlah mudah untuk dipikul, namun saya yakin dan percaya kita mampu menggalas dan melaluinya bersama-sama," jelasnya.