Abdul Halim, Michael Mujah Lihan angkat sumpah Ahli Dewan Negara

Datuk Abdul Halim Suleiman mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada Isnin. - Foto Bernama
Datuk Abdul Halim Suleiman mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Abdul Halim Suleiman dan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Murum, Michael Mujah Lihan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Isnin.

Michael Mujah Lihan mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada Isnin. - Foto Bernama
Michael Mujah Lihan mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada Isnin. - Foto Bernama

Pelantikan Abdul Halim yang berkuat kuasa 23 November lepas hingga 22 November 2026 dan Michael bermula 11 Disember 2023 hingga 10 Disember 2026 adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu, Wan Junaidi dalam ucapannya sebelum memulakan hari kelima sidang Dewan Negara bagi membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 mengalu-alukan sumbangan perbahasan yang intelektual dan konstruktif daripada kedua-dua Senator yang baharu.

Beliau turut mengingatkan Ahli Dewan Negara supaya mengekalkan momentum yang produktif dan terus berkongsi input perbahasan dan ucapan kepada media massa, elektronik dan media sosial agar rakyat mendapat maklumat dan manfaat daripada perbahasan di dalam dewan. - Bernama

Artikel Berkaitan: