Shell komited wujud tenaga bersih

PENGARAH Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain.
PENGARAH Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain.
A
A
A

DEMI menyahut seruan kerajaan bagi melaksanakan piawaian standard bahan bakar Eropah (Euro 4M) untuk RON 95 bermula 1 Januari 2020, Shell Malaysia komited untuk mewujudkan tenaga lebih bersih pada masa depan bagi pengguna di Malaysia.

Usaha tersebut merupakan sebahagian daripada capaian kepada Dasar Teknologi Hijau 2009 untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan kesannya terhadap kesihatan awam.

Walaupun kerajaan mengumumkan penjualan petrol RON 95 dengan piawaian Euro 4M bermula tahun hadapan, Shell Malaysia mengambil inisiatif dengan memperkenalkan petrol lebih bersih tersebut lebih awal iaitu bermula 19 Disember lalu di stesen-stesen terpilih.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata, petrol FuelSave 95 Euro 4M mempunyai kandungan sulfur yang rendah dari 500 ppm mengikut standard sebelum ini kepada hanya 50 ppm.

Ujar Shairan Huzani, dengan kandungan sulfur yang rendah, ia akan menghasilkan pembakaran dalam enjin yang lebih bersih, sekali gus mengurangkan kadar pencemaran udara.

“Shell FuelSave 95 dihasilkan untuk pergi lebih jauh dan ia kini lebih baik. Formula tersebut kini memenuhi piawaian penuh Euro 4M dengan Teknologi Dynaflex yang mampu membantu mengurangkan geseran dalam enjin.

“Enjin anda kini akan berfungsi dengan potensi penuh, membolehkan anda pergi lebih jauh. Dengan kandungan sulfur dikurangkan sehingga hampir 10 kali ganda, FuelSave 95 E4M baharu mempunyai faedah kualiti penjagaan alam sekitar.

"Dalam masa yang sama ia mengurangkan penghasilan asap dan memberikan penjagaan enjin yang lebih bersih,” katanya.

Artikel Berkaitan: