Anggota tentera maut nahas

Keadaan kereta mangsa yang maut dalam kemalangam di Jalan Felda Ulu Tebrau pagi tadi.
Keadaan kereta mangsa yang maut dalam kemalangam di Jalan Felda Ulu Tebrau pagi tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum dilanggar sebuah kereta lain di laluan bertentangan dalam kejadian di Jalan Felda Ulu Tebrau di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Shariff Mohd Yusof, 36, yang beralamat di Taman Seri Impian Kluang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 6.30 pagi itu apabila kereta Perodua Viva dipandu mangsa dari arah Felda Ulu Tebrau hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.

"Kereta Perodua Bezza dari arah bertentangan tidak sempat mengelak kereta mangsa lalu berlanggar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Keadaan kemalangan dua kenderaan di Jalan Felda Ulu Tebrau pagi tadi.
Keadaan kemalangan dua kenderaan di Jalan Felda Ulu Tebrau pagi tadi.

Menurutnya, akibat daripada pelanggaran itu mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandu Perodua Bezza berusia 42 tahun dibawa ke Hospital Sultan Ismail bagi mendapatkan rawatan kerana patah bahu," katanya.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

"Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian. Tiada saksi bebas yang hadir membuat laporan," katanya.