Siasat dakwaan WSJ terhadap Najib

No Image Caption
A
A
A
SHAH ALAM - Setiausaha Pengelola Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad mahu dakwaan Wall Street Journal (WSJ) yang mengaitkan 'pemeteraian janji' bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan China disiasat dengan teliti.

Menurut Ahli Parlimen Setiawangsa itu lagi, sekiranya tuduhan itu benar, ia menunjukkan bahawa tindakan pentadbiran terdahulu telah menjejaskan kedaulatan dan sifat berkecuali Malaysia.

"Dakwaan ini mesti disiasat dengan teliti, dan tindakan undang-undang yang tegas harus diambil terhadap pelaku.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib jawab tuduhan terbaharu WSJ]

"Saya juga berharap kerajaan Malaysia akan mengambil langkah-langkah positif untuk mempertahankan hak-hak kita yang sah di Laut China Selatan berdasarkan pendedahan ini," katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya lagi, laporan sama turut menyebut Najib yang ketika itu masih menjadi Perdana Menteri telah menyuarakan sokongan untuk kedudukan China dalam pertikaian Laut China Selatan.

"WSJ turut mendedahkan pegawai dari China memberitahu rakan sejawatnya di Malaysia bahawa ia akan menggunakan pengaruhnya untuk meyakinkan negara lain untuk menggugurkan siasatan berkaitan 1MDB sebagai balasan kepada projek-projek kereta api dan saluran paip Malaysia untuk 'Belt and Road Initiative'.

"Lebih membimbangkan, ia juga mendakwa bahawa "perbincangan rahsia" telah diadakan "... untuk membenarkan kapal-kapal tentera laut China di dua pelabuhan Malaysia", walaupun akhirnya hal ini tidak berlaku,"katanya.

Selain itu, Nik Nazmi turut meminta kerajaan China (PRC) membersihkan nama negara itu daripada tuduhan berkenaan kerana penafian mengatakan mereka tidak campur tangan dalam hal dalaman negara luar belum mencukupi.

Artikel Berkaitan:

Pendedahan terbaharu WSJ itu menyebut, pentadbiran Najib sebelum ini memilih dasar luar Pro China untuk tutup skandal 1 Malaysian Development Berhad (1MDB).