Permaisuri Agong berangkat ke majlis penutupan ulang tahun ke-40 UIAM

Tunku Azizah berkenan bergambar bersama pelajar yang membuat persembahan pada Majlis Penutup Ulang Tahun Ke-40 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Pusat Kebudayaan (UIAM) hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Penutupan Ulang Tahun Ke-40 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bersempena Malam Amal Palestin malam ini.

Tunku Azizah berangkat tiba di Pusat Kebudayaan UIAM pada 8.30 malam diiringi Presiden UIAM, Tan Sri Samsudin Osman dan Rektor UIAM, Profesor Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Tunku Azizah berkenan beramah-mesra bersama mahasiswa UIAM pada Majlis Penutup Ulang Tahun Ke-40 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Pusat Kebudayaan (UIAM) hari ini. - Foto Bernama
Tunku Azizah berkenan beramah-mesra bersama mahasiswa UIAM pada Majlis Penutup Ulang Tahun Ke-40 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Pusat Kebudayaan (UIAM) hari ini. - Foto Bernama

Seri Paduka, yang merupakan Ketua Perlembagaan UIAM, turut berkenan menyaksikan beberapa persembahan pelajar dan alumni universiti itu yang berlangsung selama sejam antaranya dikir barat, caklempong, angklung, gamelan, wayang kulit, nyanyian nasyid serta persembahan anak-anak Palestin dari Sekolah Jasmine Ash-Sham.

Baginda kelihatan sebak sewaktu menyaksikan persembahan serta tayangan video anak-anak Palestin dan turut beramah mesra dengan mereka.

Tunku Azizah berkenan beramah-mesra bersama anak-anak Palestin daripada Sekolah Jasmine Ash-Sham pada Majlis Penutup Ulang Tahun Ke-40 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Pusat Kebudayaan (UIAM) hari ini. - Foto Bernama

Tunku Azizah turut berkenan menyaksikan sumbangan RM40,000 yang disampaikan oleh Samsudin kepada Ketua Pelajar Palestin di universiti itu.

Sumbangan itu akan dimasukkan ke Tabung Anak-Anak Palestin UIAM bagi membantu pelajar Palestin yang berada di institusi tersebut.

Artikel Berkaitan:

Majlis Penutupan Ulang Tahun Ke-40 UIAM adalah sebagai simbolik bagi melabuhkan tirai tahun 2023 dan bersempena dengan penganjuran Malam Amal Palestin. - Bernama