Festival Seram Buku Prima 2024 sasar 1,000 pengunjung setiap hari

Anis Syamila (belakang, tiga dari kanan) pada majlis pelancaran Festival Seram Buku Prima di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam pada Sabtu. - Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Anis Syamila (belakang, tiga dari kanan) pada majlis pelancaran Festival Seram Buku Prima di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam pada Sabtu. - Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - Festival Seram Buku Prima 2024 yang bakal berlangsung di di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 dekat sini pada 5 hingga 7 Januari depan menyasarkan 1,000 pengunjung setiap hari.

Pengarah programnya, Anis Syamila Abdul Halim berkata, program seperti itu pertama kali dianjurkan dalam negara dan pelbagai aktiviti serta hadiah menarik disediakan kepada pengunjung.

“Pada hari pertama, bakal diadakan Konvensyen Penulisan Seram dan Thriller Buku Prima di mana penulis novel genre tersebut akan mendapat perkongsian bermanfaat daripada panel yang berpengalaman dalam industri berkenaan.

Pengunjung yang berpeluang mendapatkan tiket Rumah Hantu percuma sewaktu majlis pelancaran Festival Seram Buku Prima di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam pada Sabtu.
Pengunjung yang berpeluang mendapatkan tiket Rumah Hantu percuma sewaktu majlis pelancaran Festival Seram Buku Prima di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam pada Sabtu.

“Antara panel jemputan yang akan hadir ialah penulis thriller nombor satu Malaysia, Ramlee Awang Murshid dan Produser Media Prima, Ayu Amirul dengan harga tiket bernilai RM50 sahaja,” katanya sewaktu berucap di Majlis Perasmian Festival Seram Buku Prima 2024 pada Sabtu.

Tambah beliau, hari kedua pihak penganjur membawakan slot TikTokers Sembang Seram bersama empat pempengaruh TikTok iaitu Idham Nawawi, KakDya, Bosswan dan Ossake Hikaru yang akan berkongsikan kisah seram secara langsung di festival itu.

Menurutnya, beberapa pertandingan genre seram disediakan untuk pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) antaranya teater pendek, bercerita, menulis cerpen dan digital.

Mengulas lanjut, Anis Syamila berkata, aktiviti lain seperti rumah hantu, kafe mistik, pameran seni, pertandingan mewarna, jualan buku dan banyak lagi.

Artikel Berkaitan:

Jadual program dan aktiviti sempena Festival Seram Buku Prima. Gambar kanan: Festival Seram Buku Prima 2024 yang bakal berlangsung di di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 dekat sini pada 5 hingga 7 Januari depan.

“Bagi yang berminat dengan program dan aktiviti sepanjang Festival Seram Buku Prima 2024, anda boleh layari www.festivalseram.com untuk maklumat lanjut manakala untuk mendapatkan tiket untuk konvensyen dan rumah hantu boleh dibeli di www.karangkrafmall.com.

“Objektif utama festival ini adalah untuk menghimpunkan semua peminat kisah seram daripada pelbagai industri antaranya penerbitan buku, filem, seni persembahan, pereka konten dan pendidikan.

“Selain itu, kami juga mahu memperkenalkan Buku Prima sebagai salah satu peneraju utama dalam penerbitan buku seram dan thriller di Malaysia,” jelasnya.