Pemuda maut kereta langgar pokok

Mangsa tersepit di ruangan pemandu, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa tersepit di ruangan pemandu, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok berhampiran Masjid Kota Iskandar, Kota Iskandar di sini pada Sabtu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan Saifulizam Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 4.45 pagi.

Susulan itu katanya, seramai tujuh anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kemalangan melibatkan sebuah Nissan Sentra terbabas dan melanggar pokok. Mangsa, Vincent Boo Yu Heng yang berusia 21 tahun tersepit di ruangan pemandu.

"Pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan 'rescue tools' dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 5.28 pagi.

Artikel Berkaitan: