Sultan Nazrin berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-16

Sultan Nazrin berkenan berangkat tiba ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-16 di Dewan Jubli Perak pada Sabtu. - Foto Bernama
Sultan Nazrin berkenan berangkat tiba ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-16 di Dewan Jubli Perak pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA KANGSAR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Sabtu berkenan merasmikan Istiadat Konvokesyan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-16 di Dewan Jubli Perak di sini.

Keberangkatan Sultan Nazrin yang juga Cancelor USAS itu diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Seramai 1,525 graduan menerima ijazah dan diploma bidang pengajian masing-masing merangkumi ijazah doktor falsafah seramai 12 orang, sarjana (34), diploma pascasiswazah (9), sarjana muda (778) dan selebihnya 692 graduan diploma.

Dalam istiadat itu, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan Anugerah Tuanku Canselor kepada penerima, Mohamed Aiedil Putera Sulaiman, graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan.

Turut disampaikan, Anugerah Menteri Besar Perak, Muhammad Asyraf Mohd Zamri (Ijazah Sarjana Muda Usuluddin) dan Anugerah Naib Canselor kepada Aljazira Zainal (Diploma Kaunseling Islami).

Sultan Nazrin berkenan menyampaikan Anugerah Tuanku Canselor kepada Mohamed Aiedil Putera pada Istiadat Konvokesyen USAS ke-16 di Dewan Jubli Perak pada Sabtu. - Foto Bernama
Sultan Nazrin berkenan menyampaikan Anugerah Tuanku Canselor kepada Mohamed Aiedil Putera pada Istiadat Konvokesyen USAS ke-16 di Dewan Jubli Perak pada Sabtu. - Foto Bernama

Istiadat konvokesyen tahun ini menyaksikan empat graduan menerima anugerah terbaik Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial serta Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat.

Mereka ialah Luqman Haqim Awang Kecil (Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab); Mohamad Syahrul Asad Ab Malik (Diploma Pengajian Islam); Siti Nur Izzati Jumali (Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer) dan Nurdania Fatihah Mohd Rohaizan (Diploma Perakaunan).

Artikel Berkaitan:

Pada istiadat itu, Sultan Nazrin turut mengurniakan watikah pelantikan sebagai Pro Cancelor kepada Tan Sri Dr Nordin Kardi.

Naib Cancelor USAS, Profesor Datuk Dr Wan Sabri Wan Yusof dalam sembah ucapannya berkata, konvokesyen kali ini mencipta sejarah apabila universiti itu berjaya melahirkan empat graduan antarabangsa pertama daripada Ijazah Doktor Falsafah (PhD) iaitu tiga graduan dari Uganda dan seorang dari Thailand.

Menurutnya, di peringkat ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda pula, USAS meraikan graduan pertama Ijazah Sarjana Pengurusan untuk Pembelajaran Jarak Jauh dalam Talian (ODL) serta Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

"Pencapaian graduan ini adalah bukti ilmu pengetahuan tidak mengenal sempadan dan bakat akademik merentasi pelbagai budaya," katanya.