Pekerja kontrak rentung, dua cedera nahas di lebuh raya

Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman dalam kebakaran melibatkan van dan lori di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran R&R Gunung Semanggol pada Sabtu. - Foto: ihsan Bomba Perak
Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman dalam kebakaran melibatkan van dan lori di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran R&R Gunung Semanggol pada Sabtu. - Foto: ihsan Bomba Perak
A
A
A

BAGAN SERAI - Seorang lelaki maut manakala dua rakannya cedera selepas terbabit dalam nahas di Kilometer 198.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Gunung Semanggol di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan pekerja kontrak yang menyelenggara lebuh raya ditemukan rentung oleh pasukan menyelamat dalam van yang diparkir tepi jalan.

Kebakaran nahas melibatkan van dan lori mengorbankan seorang lelaki manakala dua lagi cedera dalam kejadian di Gunung Semanggol. Foto: ihsan Bomba Perak
Kebakaran nahas melibatkan van dan lori mengorbankan seorang lelaki manakala dua lagi cedera dalam kejadian di Gunung Semanggol. Foto: ihsan Bomba Perak

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, Ahmad Noor Syamsi Zainoldin berkata, sepasukan 15 anggota termasuk bantuan BBP Kamunting diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.24 pagi.

"Setibanya di lokasi kejadian kebakaran melibatkan sebuah van dan lori. Api cepat marak apabila terdapat bahan bakar yang digunakan mangsa untuk mesin rumput.

"Pasukan digerakkan untuk memadam kebakaran dengan menggunakan aliran air sehingga api berjaya padam sepenuhnya," katanya.

Ahmad Noor Syamsi berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti.

Artikel Berkaitan:

"Dua mangsa lain dan pemandu lori yang cedera dihantar ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan lanjut. Operasi tamat pada jam 10.40 pagi," katanya.