Polis siasat kes tular lelaki diugut, dilanggar berhampiran stesen minyak

Tular rakaman video berdurasi 27 saat yang memaparkan seorang lelaki yang memandu kereta jenis Proton Wira melanggar motosikal yang ditunggangi mangsa.
Tular rakaman video berdurasi 27 saat yang memaparkan seorang lelaki yang memandu kereta jenis Proton Wira melanggar motosikal yang ditunggangi mangsa.
A
A
A

TASEK GELUGOR - Hanya kerana menegur pemandu kereta yang memotong kenderaan tanpa memberi ‘signal’ (isyarat), seorang penunggang motosikal diugut dan dilanggar individu tidak dikenali.

Kejadian dilaporkan berlaku berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Pokok Sena,Tasek Gelugor pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie,berkata, susulan insiden berkenaan, mangsa tampil membuat laporan polis dan meminta polis menjalankan siasatan.

Berikutan itu, Mohd Asri berkata, polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kejadian berdasarkan rakaman video memaparkan kes seorang lelaki diugut dan dilanggar individu tidak dikenali.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila mangsa menegur suspek yang memotong kenderaan tanpa memberi ‘signal’ (isyarat).

"Suspek yang tidak berpuas hati dengan teguran mangsa bertindak melanggar motosikal mangsa.

"Kejadian ini jelas menunjukkan satu kejadian jenayah yang akan disiasat di bawah Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Asri berkata, jika disabitkan kesalahan khianat membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan:

Manakala bagi kesalahan ugutan jenayah memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mohd Asri berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian boleh berhubung Balai Polis terdekat atau menghubungi terus dengan Pegawai Penyiasat kes Inspektor Lee Howe Chong di talian 016- 598 9576.

Sebelum ini, tular rakaman video berdurasi 27 saat yang memaparkan seorang lelaki yang memandu kereta jenis Proton Wira melanggar motosikal yang ditunggangi mangsa.

Sebelum insiden, mangsa difahamkan menjerit ke arah suspek yang ketika itu memberhentikan keretanya di tepi jalan di sebuah gerai kuih berhampiran lokasi kejadian sebelum menyoal suspek yang memotong tanpa memberi ‘signal’.

Tidak berpuas hati dengan teguran berken suspek dilihat meluncurkan keretanya ke arah mangsa sebelum melanggar sebanyak dua kali motosikal ditunggangi mangsa, sebelum beredar meninggalkan lokasi kejadian. - Awani