'Saya letak jawatan, cadangkan Rozi ganti' - Ahmad Said

Ahmad Said
Ahmad Said
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pelantikan Datuk Rozi Mamat sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dapat menyuntik semangat baharu dalam pentadbiran parti itu di negeri berkenaan.

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menyatakan keputusan meletakkan jawatan tersebut demi memberi laluan kepada orang baharu yang lebih muda bagi menerajui pentadbiran parti tersebut.

"Dimaklumkan bahawa saya telah membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dan mencadangkan Rozi bagi menggantikan saya sebagai pengerusi badan perhubungan UMNO yang baharu.

"Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah bersama dengan saya secara langsung atau tidak langsung membantu dalam tugasan sepanjang berkhidmat sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Jumaat.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa Datuk Rozi Mamat dan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai pengerusi badan perhubungan yang baharu di Terengganu serta Johor.

Ujar Asyraf, pelantikan tersebut berkuat kuasa serta-merta pada Khamis.

Mengulas lanjut, Ahmad Said yang juga bekas Menteri Besar Terenganu itu juga memohon maaf kepada semua yang terlibat sepanjang perkhidmatan beliau selama ini.

"Saya minta maaf kepada semua yang terlibat dalam pentadbiran selama ini.

Artikel Berkaitan:

"Jika ada kekasaran atau kekurangan yang telah saya lakukan sepanjang pentadbiran saya di dalam UMNO Negeri Terengganu,” jelasnya.