[VIDEO] eMadani: Layak tetapi ditolak, rayuan akan dipertimbangkan

A
A
A

PONTIAN - Kementerian Kewangan sedang mempertimbangkan rayuan individu yang layak tetapi ditolak permohonan mendapatkan kredit eMadani.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pengumuman mengenai rayuan eMadani itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Katanya, kerajaan mendengar keluhan sebahagian rakyat yang mendakwa eMadani sukar dimohon dengan rayuan akan mengutamakan kelompok penerima yang layak Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Ahmad (kanan) melawat tapak cadangan Kolej Komuniti Pontian di Benut pada Jumaat.
Ahmad (kanan) melawat tapak cadangan Kolej Komuniti Pontian di Benut pada Jumaat.

"Pada Rabu lepas, Kementerian Kewangan adakan masyuarat berhubung eMadani yang dipengerusikan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya juga menghadiri mensyuarat itu bersama Pengarah Belanjawan Negara, Datuk Johan Mahmood Merican. Kerajaan akan buat pengumuman seterusnya mengenai rayuan ini dalam sedikit masa lagi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat tapak cadangan Kolej Komuniti Pontian di Benut di sini, pada Jumaat.

Menurut Ahmad, perbandingan data juga akan dilakukan antara jumlah penerima STR dan eMadani bagi memperbaiki kelompangan permohonan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Dalam senarai STR terdapat seramai 8.7 juta penerima. Ada penerima STR ini yang tidak dapat memohon eMadani, mereka adalah kumpulan utama yang akan kita pertimbang rayuan.

"Ada diantara yang individu yang menerima eMadani tidak menerima STR. Bagaimanapun kita akan utamakan mereka yang dapat STR untuk turut sama menerima eMadani," ujarnya.

@sinarharianonline Penerima STR yang tidak menerima eMadani adalah kumpulan utama yang akan kita pertimbang rayuan. #SinarHarian#SinarTerkini#eMadani#AhmadMaslan Gara -gara Duit - E PROJECT

Sementara itu, beliau memberitahu permohonan eMadani cukup tinggi diterima dalam tempoh beberapa hari selepas dibuka pada Isnin lalu.

"Permohanan eMadani amat mengujakan kerana tempoh eMadani ialah dua bulan tetapi dalam tempoh beberapa hari ramai rakyat telah memperolehnya.

"Ini perkara baru, menunjukkan bagaimana rakyat memerlukan dan ramai yang sudah memiliki empat aplikasi tersebut. Permohonan menerusi aplikasi TouchnGo adalah paling tinggi," katanya.

Sebelum itu, permohonan eMadani bernilai RM100 mendapat komen positif dan negatif rakyat berhubung syarat dan permohannya.

Program eMadani diperkenalkan untuk memperkembangkan lagi kaedah e-dompet bagi ekonomi digital.

Selain itu, ia membantu rakyat dan dapat meningkatkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta ekonomi setempat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!