MyCARE, Econsave anjur program akikah di kem pelarian Syria, Yaman

Pelarian di kem pelarian di Azaz, utara Syria menerima bantuan makanan menerusi program misi kemanusiaan pada Julai 2022.
Pelarian di kem pelarian di Azaz, utara Syria menerima bantuan makanan menerusi program misi kemanusiaan pada Julai 2022.
A
A
A
JOHOR BAHRU - Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) dan Pasar Raya Econsave (Econsave) akan melaksanakan program akikah di kem pelarian di Syria dan Yaman pada bulan ini.

Penasihat MyCare Johor, Dr Mohd Zin Kandar berkata, pihaknya membuka penyertaan program akikah tersebut kepada mana-mana pihak bagi memberi peluang berkongsi rezeki dengan saudara Islam di luar negara yang ditimpa nasib malang.

"Kami mengajak orang ramai untuk turut bersama dan sempena program ini kita buka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sesiapa yang mahu melakukan akikah di kem pelarian Syria dan Yaman.

"Program ini akan dilaksanakan menerusi Misi Kemanusiaan MyCARE-Econsave pada 18 sehingga 30 Disember ini di dua negara Islam itu yang dilanda kemiskinan dan ketidakstabilan ekonomi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE berkata, kos untuk melakukan akikah tersebut iaitu RM1,400 untuk seekor kambing termasuk memasak sekali di Syria dan RM670 untuk seekor kambing di Yaman.

Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam menyampaikan bantuan makanan kepada di kem pelarian di Azaz, utara Syria menerusi program misi kemanusiaan pada Julai 2022.
Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam menyampaikan bantuan makanan kepada di kem pelarian di Azaz, utara Syria menerusi program misi kemanusiaan pada Julai 2022.



Selain itu katanya, orang ramai juga boleh memberi sumbangan baju sejuk dan selimut untuk pelarian Syria dan Yaman yagn tinggal di kem-kem pelairan kerana dua negara itu sudah berdepan musim sejuk bulan ini.

"Terdapat ratusan ribu pelarian terkesan dengan musim sejuk yang sudah melanda. Mereka memerlukan baju sejuk dan selimut. Setiap satu baju sejuk berharga AS$25 atau RM125. Pihak MyCARE dan Econsave akan menyampaikan bantuan ini menerusi misi kemanusiaan tersebut," ujar beliau.

Menurutnya, MyCARE dan Econsave juga sedang mengumpul dana untuk membantu membeli kemah baharu dengan harga AS$250 atau RM1,250 seunit yang mennyasarkan untuk membantu 100 keluarga pelarian di kem pelarian Yaman.

Artikel Berkaitan:


"Mereka sudah lebih lapan tahun tinggal di khemah-khemah diperbuat daripada kanvas dan kain yang telah banyak koyak, jadi orang ramai boleh berinfaq untuk pembelian kemah mereka," katanya lagi.

Tambah Dr Mohd Zin, bagi yang sudah tinggal lebih 10 tahun di kem pelarian, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Syria sudah mula mengumpul dana untuk membina rumah-rumah bersaiz sederhana dengan hanya AS$3,000 atau RM14,000 seunit.

"Begitu juga MyCARE akan menaja 20 buah rumah menerusi Misi Kemanusiaan MyCARE-Econsave pada kali ini. Begitu juga MyCARE sebuah sekolah lagi di kem pelarian di Yaman juga menerusi misi ini.

"Ini susulan sebuah sekolah yang sudah dimulakan pembinaan dengan kos RM1 juta sumbangan rakyat Malaysia menerusi misi kemanusiaan MyCARE pada Julai 2022. Orang ramai juga boleh membantu dengan keperluan program kembali ke sekolah dengan tajaan RM200 untuk setiap pelajar," katanya.

Bagi orang ramai yang ingin berinfaq boleh berbuat demikian menerusi akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad menerusi Maybank Islamic Berhad 5515 7500 4299 dan hantar slip tajaan ke WhatsApp +6018-9677215 (Saadon); +6019-7342539 (Dr Zin) +6019-7458517 (Rozi).