Sila log masuk terlebih dahulu.

Penghuni rimas, ribuan burung layang-layang 'serang' pangsapuri

06 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 6 DISEMBER 2023

Kira-kira 1,000 penduduk di apartmen Danau Perintis, Puncak Alam, Kuala Selangor, rimas apabila kawasan perumahan mereka dicemari dengan kehadiran ribuan burung layang-layang, lapor Wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.

Seorang penduduk, Ahmad Syahmi Abd Nasir berkata, sejak tinggal di situ pada 2019 setiap hari dia terpaksa mencuci kotoran najis burung di koridor rumah.

Jelasnya, selain kotor dan berbau busuk, dia bimbang terhadap aspek kesihatan kerana tidak mengetahui sama ada burung itu membawa penyakit ataupun sebaliknya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/638307/edisi/selangor-kl/penghuni-rimas-ribuan-burung-layang-layang-serang-pangsapuri