Sila log masuk terlebih dahulu.

Pegawai penjara dituduh pecah amanah berjumlah RM9,850

06 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 6 DISEMBER 2023

Seorang pegawai penjara Pusat Pemulihan Dadah Jelebu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Kuala Pilah pada Rabu atas pertuduhan pecah amanah wang milik banduan bernilai hampir RM10,000, Mac lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh, Hasry Hisyam Hassan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Norma Ismail selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai penjawat awam iaitu Inspektor Penjara Pusat Pemulihan Dadah Jelebu telah diamanahkan penguasaan ke atas harta tertentu iaitu wang tunai milik banduan yang dimasukkan ke dalam Pusat Pemulihan Dadah Jelebu telah melakukan pecah amanah jenayah berkaitan harta berjumlah RM9,850.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/638280/berita/semasa/pegawai-penjara-dituduh-pecah-amanah-duit-banduan

Muzik: Elevate/bensound.com