X

Kindly register in order to view this article
!

Selangor mampu setanding JDT

Jamsari Sabian
A
A

TINDAKAN agresif Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) merancang pelbagai penambahbaikan bukti kesungguhan badan induk itu untuk mengembalikan semula kegemilangan bola sepak Gergasi Merah.

Bekas penjaga gol Selangor, Jamsari Sabian berkata, ia merupakan perkembangan baik selepas melihat The Red Giants terumbang ambing sebelum ini dan langkah yang sedang diatur penting bagi memastikan sukan tersebut kembali menjadi sukan kesayangan buat rakyat Selangor.

Malah, beliau juga yakin Selangor mampu menjadi sehebat Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam beberapa tahun mendatang sekiranya terus konsisten merencana perancangan.

“Saya tabik dengan perancangan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah. Untuk jangka panjang kita sudah nampak perancangan itu sedang berjalan.

“Tidak mustahil satu hari nanti kita mampu jadi seperti JDT. Tak salah kita ikut jejak langkah JDT dan jadikan mereka sebagai role model. Sekarang, Selangor sudah mengorak langkah. Saya percaya hasil positif akan mula kelihatan beberapa tahun akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, Selangor rancak dalam usaha merevolusikan sukan bola sepak di negeri itu apabila merekrut 28 bekas pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) untuk menjadi pelapis The Red Giants.

FAS agresif merencana perancangan mengembalikan kegemilangan Gergasi Merah termasuk merekrut 28 bekas pemain AMD sebagai pelapis skuad senior Selangor.
FAS agresif merencana perancangan mengembalikan kegemilangan Gergasi Merah termasuk merekrut 28 bekas pemain AMD sebagai pelapis skuad senior Selangor.

Selain itu, FAS juga komited dengan perancangan untuk membina sebuah pusat latihan tertutup bernilai RM2.2 juta antara empat fasiliti bakal dibina pengurusan skuad Gergasi Merah pada 2020 bagi membantu pemain mencapai prestasi maksima masing-masing.

“Tindakan FAS juga mendapatkan bekas jurulatih remaja Jerman, Michael Feichtenbeiner sebagai pengarah teknikal juga membuktikan pelan perancangan jangka panjang untuk melahirkan pemain muda berkualiti yang akan membarisi skuad utama Selangor nanti.

“Malah, Selangor juga berjaya mendapatkan beberapa pemain bagus untuk saingan liga musim depan. Saya rasa ia akan memberikan lebih banyak saingan dan kemeriahan dalam Liga Malaysia musim depan,” kata Jamsari.

Pada masa sama, beliau juga percaya tindakan FAS itu akan menarik minat lebih ramai penyokong Selangor untuk hadir ke stadium selain terus memperhebatkan misi mencungkil bakat terpendam di negeri ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!