Lelaki ditahan curi tabung surau

Perbuatan suspek dirakam kamera litar tertutup di surau berkenaan. - Foto PDRM
Perbuatan suspek dirakam kamera litar tertutup di surau berkenaan. - Foto PDRM
A
A
A

SEREMBAN - Kehilangan duit tabung di tiga surau di kawasan Senawang, dekat sini berjaya diselesaikan apabila polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kejadian itu pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, suspek berusia 26 tahun itu turut mempunyai lima rekod jenayah termasuk membabitkan kes dadah ditahan di kawasan perumahan di Senawang, kira-kira jam 11 malam.

Katanya, kejadian terbaru pada 1 Disember lalu apabila seorang ahli jawatankuasa surau di Senawang melaporkan tabung derma dipecahkan dengan anggaran kerugian RM200.

Suspek dilihat menunggang sebuah motosikal yang dirakam kamera litar tertutup. - Foto PDRM
Suspek dilihat menunggang sebuah motosikal yang dirakam kamera litar tertutup. - Foto PDRM

"Hasil siasatan mendapati suspek memotong mangga tabung surau dan mengambil semua wang di dalamnya.

"Berdasarkan maklumat awam, sepasukan polis dari Balai Senawang berjaya menahan seorang lelaki berusia 26 tahun di sebuah taman perumahan serta merampas barang kes dan peralatan dipercayai digunakan untuk jenayah itu," katanya pada Selasa.

Ujar beliau lagi, suspek direman empat hari sehingga 8 Disember ini.

Artikel Berkaitan:

Antara yang dirampas. - Foto PDRM
Antara yang dirampas. - Foto PDRM

"Hasil saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Dengan tertangkapnya suspek, pihak polis berjaya menyelesaikan tiga kes pecah tabung surau di sekitar kawasan Senawang.

"Kami mengucapkan terima kasih atas maklumat yang disalurkan dan menyeru orang ramai sentiasa memberikan maklumat supaya kes jenayah dapat dibendung," katanya.