Polis kejar suspek dari PJ hingga ke Cyberjaya

Video tular memaparkan aksi kereta peronda polis mengejar sebuah kereta Perodua Bezza dari Petaling Jaya hingga ke Cyberjaya.
Video tular memaparkan aksi kereta peronda polis mengejar sebuah kereta Perodua Bezza dari Petaling Jaya hingga ke Cyberjaya.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis menahan seorang lelaki dan wanita manakala dua lagi lelaki melarikan diri selepas anggota unit peronda polis (MPV) mengejar sebuah kereta Perodua Bezza dari Petaling Jaya ke Cyberjaya pada Isnin.

Insiden yang tular di media sosial itu memaparkan kira-kira sembilan buah MPV mengejar kereta terbabit.

Difahamkan, ketika kejadian kereta Perodua Bezza dinaiki empat individu itu dalam keadaan mencurigakan sebelum polis yang membuat rondaan cuba menahan mereka.

Bagaimanapun, suspek bertindak memecut kenderaan itu sebelum dikejar pihak polis.

Video tular memaparkan aksi kereta peronda polis mengejar sebuah kereta Perodua Bezza dari Petaling Jaya hingga ke Cyberjaya.
Video tular memaparkan aksi kereta peronda polis mengejar sebuah kereta Perodua Bezza dari Petaling Jaya hingga ke Cyberjaya.

Ketika proses menahan suspek, dua lelaki melompat keluar dari kenderaan dan melarikan diri sementara lelaki dan wanita berjaya ditahan.

Pemeriksaan lanjut menemukan peralatan pecah rumah di dalam kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan kejadian itu dan penahanan suspek.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan keluarkan kenyataan media berkaitan kes ini," katanya.

@sinarharianonline Polis berjaya menahan seorang lelaki dan wanita manakala dua lagi lelaki melarikan diri selepas anggota unit peronda polis (MPV) mengejar sebuah kereta Perodua Bezza dari Petaling Jaya ke Cyberjaya pada Isnin. Insiden yang tular di media sosial itu memaparkan kira-kira sembilan buah MPV mengejar kereta terbabit. Difahamkan, ketika kejadian kereta Perodua Bezza dinaiki empat individu itu dalam keadaan mencurigakan sebelum polis yang membuat rondaan cuba menahan mereka. Pemeriksaan lanjut menemukan peralatan pecah rumah di dalam kenderaan tersebut. #fyp original sound - Sinar Harian