Sooka kini serba baharu, lebih kandungan dan berbaloi

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith (kanan) bersama legenda Manchester United, Steve Bruce melancarkan sooka serba baharu di Bukit Jalil.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith (kanan) bersama legenda Manchester United, Steve Bruce melancarkan sooka serba baharu di Bukit Jalil.
A
A
A

KUALA LUMPUR - sooka, jenama penstriman terkemuka Malaysia melancarkan pek serba baharunya dengan harga promosi menarik dan dipenuhi ciri-ciri baharu serta lebih banyak kandungan.

Berbanding aplikasi penstriman lain, jelas sekali sooka adalah jaguh dari segi penawaran saluran kandungan sukan, yang tidak ditawarkan oleh kebanyakan aplikasi penstriman di Malaysia.

Bukan sekadar saluran sukan tetapi lengkap dengan pelbagai rancangan hiburan tempatan dan antarabangsa dapat memenuhi pelbagai selera dan minat pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith mengakui permintaan bagi penstriman dalam talian yang fleksibel di Malaysia kini terus meningkat.

Beliau berkata, ehubungan itu sooka bertekad untuk menyediakan kandungan disesuaikan khusus untuk penonton, menggabungkan siaran secara langsung dan on demand yang memenuhi kehendak pengguna di semua pasaran sasaran.

Euan Smith ketika memberikan penerangan mengenai penampilan wajah baharu sooka.
Euan Smith ketika memberikan penerangan mengenai penampilan wajah baharu sooka.

Jelasnya, pengguna bulanan aktif (MAU) sooka turut meningkat 80 peratus setakat tahun ini manakala pelanggan VIP meningkat 55 peratus di setiap suku tahun ini dipacu pertambahan pilihan kandungan dan pemasaran yang lebih bersasar.

"Setakat ini terdapat 1.5 juta pengguna berdaftar di sooka, dengan 60 peratus daripada mereka menonton kandungan sooka menerusi telefon mudah alih.

Artikel Berkaitan:

"Kami yakin pek dan harga baharu sooka bakal mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh bagi perkhidmatan ini pada tahun 2024," katanya pada majlis pelancaran pek serba baharu sooka di Pavilion Bukit Jalil, Bandar Bukit Jalil di sini.

Menambah lagi keterujaan pengunjung pada majlis pelancaran ialah sesi bertemu dan salam istimewa bersama legenda Manchester United, Steve Bruce serta pemenang Liga Perdana sebanyak tiga kali.

Pertambahan pakej penstriman

Dalam pada itu, Euan turut menjelaskan jika sebelum ini penawaran sooka terdiri daripada tiga jenis pakej namun kini mengemaskini pakej menjadikannya sehingga lima jenis pakej bulanan, termasuk satu pas tontonan 24 jam.

Sesi perkongsian Steve bersama para hadirin di majlis pelancaran pek serba baharu sooka.
Sesi perkongsian Steve bersama para hadirin di majlis pelancaran pek serba baharu sooka.

Sementara itu, untuk tontonan percuma, pelanggan boleh mengakses beberapa saluran TV Penstriman Percuma yang Disokong Iklan atau Free Ad-supported Streaming TV (FAST) tanpa sebarang bayaran tambahan.

Antara saluran yang anda boleh tonton adalah seperti Astro Arena, Astro Awani, Filem Mantap, Drama Hebat, Drama Hotpot, Lawak Sentral dan Travel & Taste.

Manakala bagi pas tontonan 24 jam, ia sesuai untuk anda yang jenis gemar untuk menghabiskan tontonan setiap episod dan rancangan kegemaran anda dalam satu hari.

Para pelanggan boleh mendapatkan pas 24 jam ini pada harga hanya RM12.90 sahaja untuk setiap hari.

Melaluinya, mereka boleh menonton rancangan kegemaran anda pada resolusi 720p dan tersedia untuk kegunaan satu peranti dalam satu masa dan juga sesuai untuk dilanggan buat pelanggan yang hanya menonton rancangan mengikut musim, seperti perlawanan bola sepak.

sooka bukan sekadar untuk penstriman sukan, tapi banyak lagi

Dalam pada itu, empat pakej sooka yang lain pula telah dikelaskan kepada kategorinya tersendiri.

Pakej-pakej ini dilihat mampu memberi fleksibiliti kepada anda untuk memilih saluran rancangan yang anda mahu dan minat untuk menonton sahaja.

Dalam masa sama, ia mengelakkan anda berbelanja lebih untuk kandungan yang kurang ditonton.

Para peminat yang hadir pada majlis pelancaran sooka serba baharu teruja dapat bertemu dan merakam gambar Steve.
Para peminat yang hadir pada majlis pelancaran sooka serba baharu teruja dapat bertemu dan merakam gambar Steve.

Pakej hiburan adalah pakej asas untuk bulanan yang boleh dilanggan dan pakej ini menawarkan pelbagai kandungan drama Asia dan juga rancangan realiti pada resolusi 720p HD hanya pada harga RM14.90 sebulan.

Jika anda seorang yang minat menonton rancangan sukan, ada dua pilihan pakej yang anda boleh langgan dan dua pilihan pakej ini akan menggabungkan pakej asas hiburan tadi dengan kandungan sukan yang anda inginkan, sama ada untuk rancangan sukan Liga Malaysia sahaja atau pakej hiburan dengan semua jenis sukan terutamanya Premier League dan juga Malaysia. Jadi kaki bola dan peminat Premier League boleh layan perlawanan pasukan kegemaran mereka sampai ‘lebam’.

Namun begitu, sekiranya melanggan pakej Liga Malaysia dan hiburan pula, pelanggan boleh melanggannya pada harga RM28.90 sebulan manakala pakej menggabungkan semua kandungan sukan dan hiburan pula adalah pada harga RM34.90.

Pakej ini dilihat telah diturunkan harganya yang sebelum ini adalah RM41.90 sebulan dan kedua-dua pelan ini menyokong paparan beresolusi 720p dan boleh ditonton pada dua peranti secara serentak.

Anda pastinya tak mahu dikacau dengan bermacam-macam iklan ketika sedang syok menonton perlawanan bola sepak ataupun rancangan hiburan kegemaran; pakej premium sooka adalah jawapan paling tepat.

Melalui pakej premium, pelanggan boleh menikmati tontonan rancangan kegemaran anda pada resolusi 1080p (skrin besar) tanpa sebarang gangguan iklan.

Pakej ini juga telah dipotong harganya, yang mana sebelum ini harganya adalah RM84.90, tetapi kali ini anda boleh dapatkannya pada harga hanya RM49.90 sahaja.

Hanya bayar kurang RM50, untuk semua jenis kandungan, beresolusi tinggi dan tiada iklan dan ini adalah tawaran yang amat berbaloi.

Pelanggan juga boleh mengakses semua kandungan yang ditawarkan untuk tiga peranti bersama satu televisyen secara serentak tanpa sebarang masalah.

Antara kandungan eksklusif yang hanya boleh diakses oleh pengguna sooka adalah seperti Liga Prima, Liga Malaysia, Formula 1, NBA, Kejohanan BWF, MotoGP, UFC dan pelbagai lagi.

Malah, rancangan televisyen seperti All Stars Gegar Vaganza (GV10) dan Hero Dewi Remaja 2023 juga turut boleh diakses melalui platform ini.

Oleh itu, muat turun aplikasi sooka di Apple Store dan Google Play Store, langgan pelan sooka yang terkini, dan anda tidak lagi akan ketinggalan pelbagai rancangan menarik yang sedang hangat hari ini.