City didakwa kerana kepung pengadil

Pemain City tidak berpuas hati dengan pengadil perlawanan ketika aksi menentang Tottenham Hotspur. - Foto Agensi
Pemain City tidak berpuas hati dengan pengadil perlawanan ketika aksi menentang Tottenham Hotspur. - Foto Agensi
A
A
A

MANCHESTER City didakwa oleh Liga Perdana kerana tingkah laku pemain mereka ketika seri 3-3 menentang Tottenham Hotspur pada Isnin.

Beberapa bintang City, termasuk Erling Haaland mengepung pengadil, Simon Hooper selepas dia tidak memberikan 'advantage' pada minit terakhir dalam aksi di Stadium Etihad.

Haaland telah dikasari oleh Emerson Royal, namun berjaya bangun kembali dan menghantar bola kepada Jack Grealish.

Namun, ketika Grealish sudah menerima hantaran tersebut dan membawa bola ke arah gol, Hooper meniup wisel untuk memberikan tuan rumah sepakan percuma.

Haaland menyuarakan kemarahannya ketika dia meninggalkan padang selepas wisel penamat dan dia meneruskan bantahannya selepas perlawanan dengan menyiarkan semula klip insiden itu di X, dengan komen 'Wtf'.

Pengendali City, Pep Guardiola berkata, dia memahami kemarahan penyerangnya.

"Dia sedikit kecewa," kata bos City itu selepas perlawanan.

"Malah pengadil - jika dia bermain untuk Man City hari ini dia akan kecewa untuk tindakan itu, itu sudah pasti," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Pada Isnin, Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris mengeluarkan kenyataan mengatakan City telah didakwa.

"Manchester City telah didakwa melanggar peraturan FA E20.1 selepas pemain mereka mengepung pegawai perlawanan semasa perlawanan Liga Perdana menentang Tottenham Hotspur.

"Didakwa bahawa pada minit ke-94 perlawanan, kelab gagal memastikan pemain mereka tidak berkelakuan dengan cara yang tidak wajar.

"Manchester City mempunyai masa sehingga Khamis, 7 Disember untuk menjawab pertuduhan itu," kata badan induk itu dalam satu kenyataan.