JDT tundukkan Sri Pahang 2-0

Penyerang JDT, Bergson Gustavo Silveira Da Silva (kiri) diasak pemain Sri Pahang FC, Muhamad Nor Azam Abdul Azih pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur malam ini. - Foto Bernama
Penyerang JDT, Bergson Gustavo Silveira Da Silva (kiri) diasak pemain Sri Pahang FC, Muhamad Nor Azam Abdul Azih pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur malam ini. - Foto Bernama
A
A
A

SERI Pahang FC dijinakkan pasukan pelawat Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-O pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini pada Ahad.

Pada perlawanan itu, JDT tidak menunggu lama apabila berjaya memperoleh gol pendahuluan pada minit keenam hasil rembatan dari luar petak penalti penyerangnya, Heberty Fernandes yang gagal diselamatkan penjaga gol Tok Gajah, Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin.

Sri Pahang bangkit mengatur serangan namun gagal memanfaatkan peluang untuk mencipta gol penyamaan.

Peluang Sri Pahang muncul pada minit ke-34 melalui Kpah Sherman, namun peluang untuk menjaringkan gol penyamaan gagal disudahkan pemain import itu.

Heberty sekali lagi memiliki peluang untuk menjaringkan gol kedua peribadi tetapi bola rembatannya hanya melepasi palang.

Pemain JDT, Arif Aiman Mohd Hanapi (dua dari kiri) diasak dan dikawal ketat pemain Sri Pahang FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur malam ini. - Foto Bernama
Pemain JDT, Arif Aiman Mohd Hanapi (dua dari kiri) diasak dan dikawal ketat pemain Sri Pahang FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur malam ini. - Foto Bernama

Berbaki empat minit separuh masa pertama, Sri Pahang dikejutkan dengan jaringan gol kedua JDT hasil rembatan penyerang import, Bergson Gustavo Seviera meletakkan skuad kendalian Esteben Solari selesa mendahului 2-0.

Bersambung babak kedua, JDT meneruskan asakan dan nampak lebih menguasai permainan dengan melakukan beberapa serangan ke gawang tuan rumah.

Artikel Berkaitan:

Peluang pasukan Harimau Selatan hadir pada minit ke-60 hasil sentuhan Arif Aiman Hanapi tetapi bola tendangan pemain muda itu tersasar sekaligus jaringan 2-O kekal hingga minit akhir perlawanan.

Kemenangan JDT pada perlawanan itu sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah Harimau Selatan dalam saingan piala berkenaan musim ini.