Pemilihan Amanah: 'Saya tak mahu masuk cai sesiapa'

Mohd Sany menyampaikan ucapan ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Konvensyen Pemuda Amanah Negeri Perak di sebuah hotel di sini pada Ahad.
Mohd Sany menyampaikan ucapan ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Konvensyen Pemuda Amanah Negeri Perak di sebuah hotel di sini pada Ahad.
A
A
A

IPOH - Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan menegaskan beliau tidak akan menyertai mana-mana kumpulan sempena Pemilihan Jawatankuasa Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) yang akan berlangsung pada 23 dan 24 Disember depan.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional berkata, pemilihan parti tidak harus dicemari dengan unsur-unsur seperti 'cai' atau kumpulan tertentu yang perlu dipilih oleh perwakilan.

"Saya serahkan kepada perwakilan kalau perwakilan seluruh negara merasakan saya perlu untuk duduk sekali lagi dalam jawatankuasa pimpinan Amanah Nasional.

"Pilih saya berdasarkan merit, kerja buat, gerak kerja, komitmen, rasa tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebagai ahli Parlimen.

"Saya tak mahu dipilih berdasarkan kepada cai.

"Ini antara wabak penyakit dan musibah yang kalau musim pemilihan ini nanti, makin nak dekat kita akan dengar cai," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Konvensyen Pemuda Amanah Negeri Perak di sebuah hotel di sini pada Ahad.

Khairol Najib (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Mohd Sany selepas Majlis Perasmian Konvensyen Pemuda Amanah Negeri Perak di sebuah hotel di Ipoh pada Ahad.
Khairol Najib (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Mohd Sany selepas Majlis Perasmian Konvensyen Pemuda Amanah Negeri Perak di sebuah hotel di Ipoh pada Ahad.

Hadir sama, Naib Pengerusi Amanah Perak, Dr Fakhruldin Mohd Hashim dan Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim.

Artikel Berkaitan:

Mohd Sany berkata, pemilihan parti merupakan perkara yang serius kerana pemimpin yang dipilih akan menerajui parti.

"Kita parti Amanah ini, konsep Rahmatan Lil Alamin. Kita ada akhlak, adab dan integriti. Soal pilih pemimpin bukan perkara main-main.

"Kita pilihlah pemimpin bukan berdasarkan cai tetapi merit kemampuan, kebolehan, integriti apa yang telah mereka sumbangkan kepada parti secara menyeluruh," katanya.

Sementara itu, Mohd Najib memaklumkan, seramai lapan pimpinan Perak akan bertanding pada pemilihan di peringkat kepimpinan Pemuda Amanah Nasional kali ini.

Katanya, seorang daripada mereka juga iaitu Azhar Rahman dikemukakan sebagai calon Ketua Pemuda Amanah Nasional.