Fasha Sandha nafi cipta kontroversi untuk kekal relevan

FASHA
FASHA
A
A
A

PELAKON Fasha Sandha menafikan cuba mencipta kontroversi dengan memuat naik video zumba menari bersama suaminya baru-baru ini semata-mata untuk menarik perhatian atau mahu kekal relevan dalam industri hiburan.

Menurut pelakon jelita itu, video tersebut hanya untuk suka-suka bertujuan berkongsi momen kegembiraan bersama suami selain menganggap penampilannya itu sambil menari-mari bersama pasangannya bukan sesuatu yang keterlaluan.

Farooq (tengah) bersama Fasha Sandha memberi sumbangan kepada anak-anak yatim selepas pelancaran kedai pakaian Al Faro cawangan Johor di Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, Johor Bahru pada Ahad.
Farooq (tengah) bersama Fasha Sandha memberi sumbangan kepada anak-anak yatim selepas pelancaran kedai pakaian Al Faro cawangan Johor di Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, Johor Bahru pada Ahad.

"Ada yang tanya kenapa 'posting' macam itu. Ini hak saya sebab saya seronok dan 'enjoy that moment' dengan anak-anak, dengan suami. Kalau orang tak suka tengok itu bukan masalah saya. Saya sentiasa buat apa yang saya rasa tidak keterlaluan.

"Tapi kalau orang rasa apa yang saya buat itu keterlaluan, saya tak boleh buat apa-apa, itu terpulang kepada individu," katanya ditemui pemberita selepas pelancaran kedai pakaian Al Faro cawangan Johor di Uda Business Centre, Bandar Baru Uda di sini pada Ahad.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Al Faro, Farooq Ahmed Khan dan Fasha merupakan duta bagi Alfaro yang membuka cawangannya kesepuluh di sini.

Fasha mengulas mengenai video itu yang dikongsi dalam media sosial miliknya sehingga mencuri tumpuan dan mencetuskan rasa kurang senang netizen termasuk ada yang menegurnya kerana dalam rakaman tersebut Fasha ligat menari sambil dipegang-pegang suaminya, Aidil Aziz.

Mengulas lanjut, beliau mengakui tidak perlu mencipta kontroversi untuk kekal relevan dan apa yang lebih penting adalah menjadi dirinya sendiri walaupun sedar ramai tidak suka penampilannya video itu termasuk mereka yang bergelar agamawan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sesiapa pun berhak memberikan pandangan masing-masing dan perkara tersebut boleh diambil sama ada daripada sudut positif atau negatif.

Fasha Sandha dilantik duta sempena pembukaan kedai pakaian Al Faro cawangan Johor di Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, Johor Bahru pada Ahad.
Fasha Sandha dilantik duta sempena pembukaan kedai pakaian Al Faro cawangan Johor di Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, Johor Bahru pada Ahad.

"Saya tahu dan sedar ada ramai orang yang lebih warak memberikan komen walaupun tidak menyebut nama tapi saya tahu itu orang meletakan pada saya. Saya tak kisah kalau orang nak 'judge' asalkan apa yang saya rasa nak buat, saya buat.

"Saya tak gemar ramai penunggang agama berkata-kata manis pandai memberi nasihat dan motivasi tapi pada masa sama dia juga ada sisi gelap yang tidak betul. Biarkan kita begini walaupun bukan macam orang yang warak dan banyak kekhilafannya tetapi sisi kebaikannya hanya ALLAH yang tahu.

"Kalau penunggang agama nak cakap lebih-lebih pun terpulang pada dia, saya tidak pernah komen pasal penunggang agama, penunggang agama pun tak perku komen lebih-lebih pasal orang lain sebab dia pun belum tentu sempurna," ujarnya.

Mengenai isu poligami yang sedang hangat diperkatakan ketika ini, ditanya sama ada Aidil pernah bercakap secara terbuka mengenainya, Fasha berkata, perkara tersebut tidak pernah disentuh dan mereka saling hormat-menghormati antara satu sama lain sehingga kini.

"Kita tak boleh bercakap lebih, tak tau jadi pada kita atau orang rapat dengan kita, kalau (mana-mana lelaki) nak buat (poligami) dia tetap boleh buat. Tiada yang kekal, semua yang ada dalah hidup ini adalah pinjaman untuk sementara," katanya.