Stor SRA Tali Air 7 Sekinchan terbakar

Sebuah stor SRA Tali Air 7 Sekinchan di Sabak Bernam terbakar pada Sabtu.
Sebuah stor SRA Tali Air 7 Sekinchan di Sabak Bernam terbakar pada Sabtu.
A
A
A

SABAK BERNAM - Sebuah stor di Sekolah Rendah Agama (SRA) Tali Air 7 Sekinchan di sini terbakar pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.51 petang.

Menurutnya, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kebakaran melibatkan ruangan stor sekolah Kelas A berkeluasan 15x30 kaki persegi terbakar 70 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 7.03 petang dan tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu.

"Punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," jelas beliau.

Artikel Berkaitan: