KBS peruntuk geran RM72,000 untuk DRA 2023

Hannah (kanan) menerima token penghargaan daripada Pengarah Magic Beans Alchemy Sdn Bhd, Y Y Choy ketika melancarkan perlumbaan DRA 2023.
Hannah (kanan) menerima token penghargaan daripada Pengarah Magic Beans Alchemy Sdn Bhd, Y Y Choy ketika melancarkan perlumbaan DRA 2023.
A
A
A

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan geran padanan RM72,000 kepada penganjur perlumbaan dron trek vertikal tertutup pertama dunia, Drone Race Asia (DRA) 2023.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, geran itu bermatlamat bukan sekadar meningkatkan populariti sukan tersebut, tetapi juga membantu pasukan negara menaikkan ranking dunia.

“Apabila anda sertai pertandingan, ini akan membantu meningkatkan ranking dan mengukur prestasi berbanding pasukan lain.

“Saya rasa (perlumbaan dron trek vertikal tertutup) masih baharu di Malaysia.

“Hakikatnya mereka mampu menganjurkannya buat kali pertama untuk sesuatu seumpama itu, saya perlu berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan DRA 2023 di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Pada masa sama, Hannah menyatakan bahawa sukan itu merupakan platform generasi muda meluangkan masa dengan aktiviti bermanfaat.

Sebagai rekod, kejohanan tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad itu melibatkan lapan pasukan termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, Sepanyol, Thailand dan Singapura.

Kejohanan anjuran bersama DRA Drone Racing Club, sebuah persatuan sukan berdaftar yang beroperasi di bawah Akta Pembangunan Sukan 1996 dan Magic Beans Alchemy Sdn Bhd.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!