Finexus tubuh inkubator ICT di UUM

Mohd Foad (tengah) bersama Pengarah Finexus Sdn Bhd Lee Keng San (kiri) selepas selesai upacara menandatangani dokumen perjanjian.
Mohd Foad (tengah) bersama Pengarah Finexus Sdn Bhd Lee Keng San (kiri) selepas selesai upacara menandatangani dokumen perjanjian.
A
A
A

KUBANG PASU - Syarikat Finexus Sdn Bhd iaitu syarikat perkhidmatan teknologi dan kewangan terkemuka yang menghubung dan menawarkan perkhidmatan untuk para pengguna, perniagaan, bank dan bank pusat, akan menubuhkan inkubator teknologi dan komunikasi maklumat (ICT) di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mohd Foad Sakdan berkata, penubuhan inkubator ICT bertujuan melatih pelajar UUM membiasakan diri dalam teknologi terkini yang digunakan di dunia perniagaan dan perbankan.

Katanya, Finexus juga akan membantu menaja projek pelajar berteraskan ICT dan internet of things (IoT), selain program latihan temuduga industri, projek komuniti seperti FoodBank dan kerjasama pembangunan kajian kes industri.

Barisan tetamu kehormat bergambar bersama setelah selesai upacara menandatangani dokumen perjanjian.
Barisan tetamu kehormat bergambar bersama setelah selesai upacara menandatangani dokumen perjanjian.

"Kerjasama berkenaan terangkum dalam memorandum Persefahaman (MoU) antara UUM dengan Finexus Sdn Bhd, yang ditandatangani.

"Pelbagai ruang dan peluang kerjasama bakal dilaksanakan pada tahun hadapan, antaranya projek Inkubator UUM-Finexus, penajaan oleh pihak Finexus kepada UUM bagi projek-projek pelajar berteraskan teknologi tinggi," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, pusat pengajian dan pusat tanggungjawab perlu meningkatkan lagi hubungan dengan pihak industri bagi meningkatkan peluang kebolehpasaran graduan, selain menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan, pembangunan aplikasi, pemindahan teknologi dan sebagainya.

"Seramai 10 alumni UUM juga bekerja di Finexus Sdn Bhd dalam pelbagai bidang," katanya.

Artikel Berkaitan: