Setinggan digempur, 69 PATI ditahan

Jafri (kanan) bersama pegawainya melakukan pemeriksaan dokumen warga asing yang ditahan dalam operasi di Kampung Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Jafri (kanan) bersama pegawainya melakukan pemeriksaan dokumen warga asing yang ditahan dalam operasi di Kampung Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kawasan setinggan yang didiami warga Indonesia di Kampung Pantai Dalam, di sini digempur pada Sabtu.

Serbuan jam 1.30 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) itu bertindak menahan 69 pendatang asing tanpa izin (PATI) hasil pemeriksaan 110 warga Indonesia.

Jafri menyoal siasat awal warga Indonesia yang ditahan untuk pemeriksaan dalam operasi di Kampung Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Jafri menyoal siasat awal warga Indonesia yang ditahan untuk pemeriksaan dalam operasi di Kampung Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi), Jafri Embok Taha berkata, operasi itu dijalankan dengan kekuatan 111 pegawai imigresen dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Menurutnya, PATI yang ditahan berusia antara dua hingga 70 tahun membabitkan 45 lelaki, 23 wanita serta seorang kanak-kanak lelaki

Antara warga asing yang ditahan dalam operasi di kawasan setinggan di Kampung Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Antara warga asing yang ditahan dalam operasi di kawasan setinggan di Kampung Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada Sabtu.

"Antara kesalahan PATI ini ialah tiada permit sah dan tinggal lebih masa.

"Operasi itu dilakukan hasil risikan dijalankan selama seminggu selepas menerima aduan kebimbangan penduduk yang memaklumkan mengenai keberadaan warga asing di masyarakat setempat,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi serbuan di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Operasi itu turut dihadiri Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin.

Mengulas lanjut, Jafri berkata, lokasi ini pernah digempur pihaknya pada tahun lalu.

No Image Caption

Tambahnya, ini merupakan serbuan kedua imigresen di lokasi yang ramai didiami oleh warga Indonesia.

"Kesemua PATI telah dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) akta sama, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” ujarnya.

Dalam operasi itu, tambah Jafri, imigresen turut mengeluarkan satu saman di bawah Seksyen 55(e) Akta Imigresen 1959/63 terhadap seorang lelaki tempatan yang dipercayai melindungi warga asing.

@sinarharianonline Kawasan setinggan yang didiami warga Indonesia di Kampung Pantai Dalam, Kuala Lumpur digempur pada Sabtu. Serbuan jam 1.30 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) itu bertindak menahan 69 pendatang asing tanpa izin (PATI) hasil pemeriksaan 110 warga Indonesia. #SinarHarian#SinarTerkini#PATI#Imigresen original sound - Sinar Harian