Polis tahan lelaki tunjuk 'anu' sambil tunggang motosikal

Tangkap layar video tular memaparkan aksi seorang lelaki menunjukkan kemaluan di ni pekan Simpang Renggam, Kluang pada Khamis lalu. (Gambar kecil: Suspek yang ditahan polis.)
Tangkap layar video tular memaparkan aksi seorang lelaki menunjukkan kemaluan di ni pekan Simpang Renggam, Kluang pada Khamis lalu. (Gambar kecil: Suspek yang ditahan polis.)
A
A
A

KLUANG - Polis menahan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluan sambil menunggang motosikal di pekan Simpang Renggam pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menahan suspek yang berusia 54 tahun itu di Ayer Hitam, Batu Pahat pada jam 1.30 tengah hari Rabu.

"Siasatan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah narkotik dan saringan ujian air kencing mendapati negatif.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini tular video berdurasi 42 saat dalam media sosial berhubung insiden itu.

Beliau berkata, suspek direman empat hari bermula Khamis sehingga Ahad ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh berhubung dengan mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi 07-7784222 atau direct line 07-7784256, Hotline 07-7766822 dan tablet DCCC 014-3656822.

Artikel Berkaitan: