Liga Europa: Pedro pacu Brighton ke pusingan kalah mati

Pedro meledak satu gol ketika membantu Brighton menewaskan Athens 1-0 dalam aksi Liga Europa awal pagi Jumaat. - Foto AFP
Pedro meledak satu gol ketika membantu Brighton menewaskan Athens 1-0 dalam aksi Liga Europa awal pagi Jumaat. - Foto AFP
A
A
A

GOL tunggal Joao Pedro sudah cukup buat Brighton untuk mara ke saingan kalah mati Liga Europa selepas menumpaskan AEK Athens 1-0 di laman lawan awal pagi Jumaat.

Jaringan terhasil menerusi sepakan penalti pada minit ke-55, sekali gus menjadi gol kelima buat Pedro dalam kejohanan peringkat Eropah itu.

Sepakan penalti hadir selepas video bantuan pengadil (VAR) menunjukkan insiden kekasaran kapten AEK, Damian Szymanski ke atas Pedro.

Kemenangan itu memastikan The Seagulls yang dibimbing Roberto de Zerbi berada di tangga kedua Kumpulan B ketika saingan masih berbaki satu perlawanan.

Malang turut menimpa tuan rumah apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-65 selepas Mijat Gacinovic dilayangkan kad kuning kedua.

Pada aksi terakhir, Brighton akan menanti kunjungan pendahulu kumpulan, Marseille di laman sendiri pada 15 Disember.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!