Lelaki ugut PM diberikan jamin polis

Razarudin
Razarudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung ugutan jenayah ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Selasa, diberikan jamin polis kerana siasatan terhadapnya telah selesai.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya juga sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan sebelum diserahkan kepada pejabat Peguam Negara pada 4 Disember ini.

"Lelaki itu telah diberikan jamin polis kerana siasatan terhadapnya telah selesai dijalankan, kita sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk kepada pejabat Peguam Negara," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Pada Selasa, media melaporkan seorang pemilik akaun TikTok @jaiadani89 disyaki membuat hantaran berbaur ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri.

Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di kawasan Jalan Padang Tembak, Kota Bharu, Kelantan.

Dia ditahan selama tiga hari bermula hari ini (Selasa) hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pemilik akaun itu sebelum ini memuat naik video menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli-ahli sebuah parti politik. Bagaimana pun, video berkenaan sudah dipadamkan.

Artikel Berkaitan: