150 vendor berdaftar LZS lafaz ikrar bebas rasuah

Ikrar rasuah oleh wakil syarikat vendor berdaftar dengan LZS pada Majlis IBR di Hotel Geno di sini pada Khamis.
Ikrar rasuah oleh wakil syarikat vendor berdaftar dengan LZS pada Majlis IBR di Hotel Geno di sini pada Khamis.
A
A
A

SUBANG JAYA - Lebih 150 wakil syarikat vendor berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada Khamis.

Ketua Pegawai Korporat dan Projek Khas LZS, Ariffa Ariffin berkata, IBR tersebut merupakan salah satu usaha agensi itu meningkatkan lagi nilai integriti dalam kalangan vendor berdaftar untuk amanah dan bertanggungjawab serta menjauhi jenayah rasuah.

Menurutnya, IBR tersebut merupakan siri kedua yang dilaksanakan selepas majlis sama diadakan bersama warga kerja LZS pada tahun lepas.


IBR ini merupakan siri kedua yang dilaksanakan selepas majlis sama diadakan bersama warga kerja LZS pada tahun lepas.
IBR ini merupakan siri kedua yang dilaksanakan selepas majlis sama diadakan bersama warga kerja LZS pada tahun lepas.

"Bagi memperkukuhkan iltizam bebas rasuah, LZS giat meningkatkan tadbir urus terutama dalam proses perolehan termasuk tender dengan memberi pendedahan dalam kalangan vendor berkaitan Akta SPRM 2009, di samping penekanan berkaitan polisi amalan antirasuah LZS.

"Sehingga kini, terdapat 2,280 vendor yang berdaftar dan LZS meletakkan sasaran agar kesemua vendor dapat menandatangani IBR ini," katanya pada Majlis IBR di Hotel Geno di sini.

Katanya, sasaran berkenaan selari dengan keperluan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah (Anti Bribery Management System) yang berjaya diperoleh LZS pada November 2022.

Artikel Berkaitan:

Wakil syarikat vendor berdaftar dengan LZS membuat Ikrar rasuah.
Wakil syarikat vendor berdaftar dengan LZS membuat Ikrar rasuah.

Lafaz IBR telah diketuai oleh wakil vendor LZS, Mohd Pouzi Cik Nik dari Jakel Properties Sdn Bhd.

Ia disusuli majlis menandatangani IBR yang disaksikan Pengarah SPRM Negeri Selangor, Datuk Alias Salim dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

Turut hadir Ketua Pegawai Kewangan LZS, Rapizah Muhammad Sharif.