Bauksit RM10 bilion tersadai

Laporan Sinar Harian sebelum ini berkaitan bauksit di Felda Bukit Goh.
Laporan Sinar Harian sebelum ini berkaitan bauksit di Felda Bukit Goh.
A
A
A

KUANTAN - Bauksit bernilai RM10 bilion masih tersadai di Felda Bukit Goh dan kawasan sekitarnya termasuk Bukit Kuantan yang dijangka memberi pulangan RM10 juta kepada kerajaan Pahang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah berkata, jumlah tersebut diperoleh jika diusahakan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Bagaimanapun, kekangan moratorium dan beberapa prosedur lagi yang perlu diselesaikan menyebabkan aktiviti tersebut tidak dapat diteruskan.

“Saya berharap aktiviti perlombongan dapat dijalankan segera. Yang saya tahu, tempoh moratorium di kawasan Gebeng sudah habis tapi di Felda Bukit Goh dan Bukit Kuantan belum lagi.

“Apabila (perlombongan) tak dapat teruskan, tanah peneroka pun tak dapat diusahakan sebab ada peneroka yang dah melombong dulu dan tanah mereka terbiar begitu sahaja tak boleh tanam semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Bauksit di Bukit Goh bernilai RM2 bilion

“Ada penduduk yang buat aduan mereka terikat dengan perjanjian bersama pelombong sehingga tanah mereka kena kaveat,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Ejen SAM 8005, Produk Baharu Berasaskan Durian dan Kafe Dooyan oleh SAM Global Resources di Indera Mahkota di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SAM Global Resources, Mohd Hisham Zamri dan 100 usahawan baharu yang mendaftar sebagai Ejen SAM 8005.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, Md Sohaimi memuji inisiatif Mohd Hisham atau dikenali sebagai Sifu Sham yang berjaya melahirkan seramai 250 usahawan aiskrim dalam kalangan bumiputera menerusi program protege The Ice Cream Protege Programme (TICPP).

Program tersebut secara tidak langsung mengangkat produk Malaysia iaitu durian musang king terutama dari Pahang ke persada antarabangsa.

Dari kiri: Aifu Sam dan Md Sohaimi menyampaikan anugerah kepada ejen yang berjaya di Indera Mahkota di sini hari ini.
Dari kiri: Aifu Sam dan Md Sohaimi menyampaikan anugerah kepada ejen yang berjaya di Indera Mahkota di sini hari ini.