Mahkamah Pakistan batal sabitan ke atas Nawaz Sharif

Nawaz Sharif ketika tiba di Mahkamah Tinggi Islamabad. - Foto AP
Nawaz Sharif ketika tiba di Mahkamah Tinggi Islamabad. - Foto AP
A
A
A

ISLAMABAD - Mahkamah Pakistan membatalkan sabitan kes rasuah ke atas bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif pada Rabu.

Pembatalan ini sekali gus menghapuskan salah satu halangan untuk Nawaz layak bertanding dalam pilihan raya Februari depan.

Mahkamah Tinggi Islamabad membuat keputusan itu selepas badan antirasuah tidak membantah permohonan Nawaz untuk dibebaskan.

Ahli Parlimen veteran ini kembali ke Islamabad pada Oktober, selepas empat tahun berada dalam buangan di London.

Beliau dilaporkan mahu mencuba nasib bertanding dalam pilihan raya dan menjadi Perdana Menteri untuk kali keempat.

Bagi tujuan itu, Nawaz perlu bebas daripada sabitan jenayah.

Selain sabitan rasuah, Nawaz mempunyai satu sabitan jenayah yang menyebabkannya dipenjara lapan tahun, serta larangan bertanding dalam pilihan raya.

Nawaz disabit kesalahan jenayah pada 2018, melibatkan pembelian pangsapuri mewah di London.

Artikel Berkaitan:

Pilihan raya Pakistan dijadual berlangsung pada 8 Februari depan. - Awani