Kerajaan beri keutamaan selesai isu perumahan generasi kedua, ketiga Felda - PM

Anwar berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti Felda dan Ketengah Terengganu di Dewan Serbaguna Felda Seberang Tayor, malam Rabu. - Foto Bernama
Anwar berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti Felda dan Ketengah Terengganu di Dewan Serbaguna Felda Seberang Tayor, malam Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

CHUKAI - Kerajaan akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah perumahan yang membelenggu generasi kedua dan ketiga Felda.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah menerima beberapa cadangan mengenai perkara itu dan ia sedang diteliti untuk tindakan selanjutnya.

"Ada orang kata apabila saya buat pengumuman, tak jalan (apa yang diumumkan). (Tetapi seperti yang) Saya umum awal-awal, noktahkan kemiskinan tegar... hari ini, daripada 130,000 keluarga (miskin tegar), tinggal hanya 11,000 hingga 12,000 yang boleh kita selesaikan sebelum akhir tahun.

"Malaysia adalah negara pertama di dunia yang selesaikan masalah miskin tegar,” katanya ketika berucap pada majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti Felda dan Ketengah di Felda Seberang Tayor di sini malam Rabu.