UMSC GP Symposium 2023 platform pendidikan perubatan

Ketua Pegawai Eksekutif UMSC, Norzaiton Senusi (kanan).
Ketua Pegawai Eksekutif UMSC, Norzaiton Senusi (kanan).
A
A
A

SHAH ALAM - UM Specialist Centre (UMSC) mencatatkan kejayaan acara UMSC GP Symposium 2023 sebagai platform pendidikan perubatan berterusan yang pertama dengan menekankan inovasi dalam kesihatan kardiovaskular, endokrin, renal dan gastrointestinal

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norzaiton Senusi berkata, sebagai institusi penjagaan kuarternari terkemuka, UMSC tetap komited untuk meningkatkan pengetahuan perubatan dan menaik taraf perkhidmatan rawatan kesihatan kepada pesakit.

Norzaiton (dua dari kiri) bersama tetamu yang hadir di acara UMSC GP Symposium 2023.
Norzaiton (dua dari kiri) bersama tetamu yang hadir di acara UMSC GP Symposium 2023.

Menurut beliau, doktor am daripada industri kesihatan primer merupakan penyambung kepada perkhidmatan pakar tersedia bagi merawat pesakit yang memerlukan khidmat pakar.

"Dalam usaha meningkatkan prestasi servis kesihatan tersedia, kami akan sentiasa menggalakkan komunikasi terbuka secara berterusan antara hospital dan doktor am.

“Hubungan komunikasi yang lebih baik juga dapat mencipta ekosistem pelaksanaan rawatan kesihatan yang bersatu padu, yang mana maklumat disalurkan dengan cekap untuk manfaat pesakit,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Kejayaan UMSC GP Symposium 2023 merupakan titik tolak kepada UMSC untuk terus komited dalam memberikan pendidikan berterusan, berkongsi inovasi terkini dan berkolaborasi demi untuk kesihatan menyeluruh komuniti.

UMSC menghimpunkan pakar terkemuka dalam bidang Kardiovaskular, Endokrin, Renal dan Gastrointestinal di Avante Hotel, Petaling Jaya, Selangor.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Norzaition menyatakan rasa penghargaan di atas dedikasi pengamal perubatan primer yang mana beliau mengakui usaha tanpa henti dan sumbangan mereka amat penting kepada kesejahteraan orang ramai.

Beliau turut menyatakan komitmen UMSC dalam menyokong dan mengukuhkan kerjasama antara penyedia penjagaan kesihatan primer serta fasiliti penjagaan kuarternari, seiring dengan matlamat utama iaitu meningkatkan taraf pelaksanaan rawatan kesihatan di Malaysia.

“UMSC telah berkhidmat sebagai pusat rujukan utama selama lebih daripada dua dekad dalam meneruskan rawatan susulan pesakit amat menghargai sokongan rakan pengamal perubatan kerana mempercayai kami,” jelasnya

Antara sorotan penting simposium tersebut adalah perkongsian daripada Pakar Kardiologi UMSC, Profesor Datuk Paduka Dr Wan Azman Wan Ahmad, mengenai eksplorasi mekanisme, pengurusan, serta arah masa depan dalam menangani hiperkolesterolemia dan aterosklerosis.

Pakar Bedah Kardiotorasik UMSC, Profesor Madya Dr Sivakumar Krishnasamy memberikan huraian kepada peserta mengenai pengurusan semasa patologi aorta dan VATS Uniportal dalam Pembedahan Toraks.

Pakar Nefrologi UMSC, Profesor Dr Lim Soo Kun berkongsi amalan terbaik dalam penjagaan buah pinggang dengan tumpuan khusus kepada mengendalikan rawatan diabetes kompleks dan kerosakan renal.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!