134 pasukan sertai Interclub Surfcasting Challenge

Barisan pemenang Pertandingan Memancing Interclub Surfcasting Challenge 2023 yang dianjurkan di Pantai Seri Menanti di Muar, Johor.
Barisan pemenang Pertandingan Memancing Interclub Surfcasting Challenge 2023 yang dianjurkan di Pantai Seri Menanti di Muar, Johor.
A
A
A

MUAR - Sebanyak 134 pasukan mengambil bahagian dalam Pertandingan Memancing Interclub Surfcasting Challenge 2023 yang dianjurkan di Pantai Seri Menanti di sini baru-baru ini.

Jurucakap penganjur, Md Zali Kasran berkata, pasukan yang bertanding mewakili negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak.

Bagaimanapun katanya, tiada wakil dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis yang mengambil bahagian.

"Di akhir pertandingan, wakil MUPSAC dari Selangor muncul juara dengan menaikkan sebanyak 23 tangkapan.

"Tempat kedua dimenangi bersama pasukan OnXOn dari Klang, Selangor dan Pasukan Fighter Sungai Balang (FSB), Johor yang masing-masing menaikkan 18 ekor ikan.

"Bagi kategori ikan terberat, peserta dari Muar, Mohd Fazly Che Ibrahim, muncul juara apabila menaikkan ikan Semilang seberat 1.055kg, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000," katanya.

Beliau berkata, tempat kedua disandang Mohamad Shukri Ahmad yang menaikkan ikan Belukang seberat 1 kilogram manakala Mohamad Ridzuan Yaakob yang menjinakkan belukang 0.905 kilogram mendapat tempat ketiga.

Katanya, Mohd Shukri membawa pulang RM4,000 manakala Mohamad Ridzuan menerima RM2,000.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!