Ais cair mendadak di Antartika, penyelidik 'panik'

Salji meliputi Pulau King George, Antartika. - Foto: AP
Salji meliputi Pulau King George, Antartika. - Foto: AP
A
A
A

ANTARTIKA - Kehilangan mendadak ais laut di Antartika menimbulkan kebimbangan dalam kalangan para penyelidik.

Ahli biologi marin menjangkakan bahawa Antartika boleh hilang ais sepenuhnya dan ia bakal disaksikan oleh generasi yang akan datang.

Presiden Alfred-Wegener-Institute, Antje Boetius berkata selain pengurangan ais di Artik, penurunan mendadak ais laut di Antartika juga telah mengejutkan dunia saintifik.

Ini kerana, melalui kajian mereka dengan kapal penyelidikan 'Polarstern', telah menjejaki perubahan iklim dalam persekitaran kutub dan menyaksikan trend penurunan kehidupan di dalam dan di bawah ais laut.

Beberapa hari sebelum persidangan iklim COP28 di Dubai, Boetius mengatakan bahawa usaha untuk memperlahankan perubahan iklim setakat ini belum mencukupi.

Kadar pelepasan global yang ditetapkan oleh Perjanjian Paris 2015, juga semakin tersasar melampaui dua darjah pada trajektori, melepasi had pemanasan 1.5 darjah Celsius yang ditetapkan.

Namun beliau menyatakan, kadar pencairan ais dan peningkatan paras laut yang semakin meningkat turut disumbang besar oleh peningkatan suhu, kesan daripada aktiviti manusia.

Meskipun amaran perubahan iklim telah dikeluarkan oleh panel antara kerajaan mengenai perubahan iklim (IPCC) sejak 1990, kadar pelepasan global terus meningkat dalam dekad terdahulu, iaitu tahap tertinggi dalam sejarah.

Artikel Berkaitan:

Menurut data perkhidmatan perubahan iklim Kesatuan Eropah yang dikeluarkan, musim panas 2023 merupakan tempoh paling panas dalam rekod. - Awani