'Penerangan terhadap isu semasa masih lemah'`

Chai Yi ketika sesi perbahasan sempena Kongres Nasional Tahunan PKR di Putrajaya pada Ahad.
Chai Yi ketika sesi perbahasan sempena Kongres Nasional Tahunan PKR di Putrajaya pada Ahad.
A
A
A

PUTRAJAYA - Penerangan dan respons Kerajaan Perpaduan berhubung isu-isu semasa diakui masih lemah.

Perwakilan dari Perak, Wong Chai Yi berkata, kelemahan itu turut menyebabkan berlakunya kerosakan imej kepada kerajaan.

Justeru, beliau menyeru kepada pihak berkenan agar lebih cepat bertindak dalam menangani perkara tersebut.

“Apabila Kerajaan Perpaduan membuat keputusan yang tidak popular, atau keputusan yang kontroversi, isu yang divisive kerajaan masih bertindak lembab dalam kerja-kerja damage control. Kita perlu faham dalam politik kini, perception is everything.

“Pimpinan kita harus memberi penerangan, pencerahan, penjelasan yang padu, cepat dan konsisten, dan respons ini haruslah konsisten daripada barisan menteri kabinet dan bukan sahaja daripada Perdana Menteri sahaja,” katanya ketika sesi perbahasan sempena Kongres Nasional Tahunan PKR di sini pada Ahad.

Menurut Chai Yi, apabila pencerahan tidak cukup pantas dan konsisten, anggota-anggota parti akan keliru dan tidak dapat menyampaikan pendirian Kerajaan Perpaduan dengan tepat kepada rakyat.

“Lebih-lebih lagi ketika zaman ledakan media sosial kini.

“Kita terpaksa bersaing dengan masa supaya info yang lebih tepat dapat disampaikan kepada rakyat terlebih dahulu sebelum dipersoalkan oleh pihak pembangkang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menyentuh mengenai kerjasama dengan rakan-rakan parti baru yang bukan daripada Pakatan Harapan, beliau meminta satu rangka kerja yang lebih jelas daripada pimpinan tertinggi PKR.

“Saya ingin menekankan bahawa kejayaan kita tidak hanya bergantung kepada kekuatan masing-masing.

“Kebolehan kita untuk bekerjasama sebagai satu entiti politik yang bersatu padu telah mengatasi perbezaan dan fokus terhadap penyelesaian masalah dihadapi rakyat,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!