'Tanya kawan-kawan, ini gimik ke?' - Muhyiddin

Muhyiddin pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu.
Muhyiddin pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu.
A
A
A

SHAH ALAM - Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan tindakannya mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan akan datang sebagai gimik perhimpunan agung tahunan parti.

Ahli Parlimen Pagoh itu sebaliknya menegaskan, keputusan untuk terus kekal bertanding bagi jawatan tersebut dibuat selepas mendapat restu daripada isterinya, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menjelaskan, tindakan itu juga susulan rayuan serta serta desakan daripada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan ahli Bersatu yang mahu beliau kekal dalam jawatan Presiden.

ARTIKEL BERKAITAN:Muhyiddin umum tidak pertahan jawatan

ARTIKEL BERKAITAN:Muhyiddin buat pusingan U, setuju kekal jawatan Presiden Bersatu

"Gimik? Kamu cuba tanya kawan-kawan lain, (tindakan) ini gimik ke? Saya bukan main-main. Anda kalau duduk di atas dan dengar, ini bukan main gimik.

Muhyiddin (dua kiri) bersama kepimpinan tertinggi parti pada sidang media selepas Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023.
Muhyiddin (dua kiri) bersama kepimpinan tertinggi parti pada sidang media selepas Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023.

"Bukan permainan budak-budak. Itu (hasrat tidak mempertahankan jawatan) adalah ucapan dasar saya," katanya pada sidang akhbar selepas menangguhkan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Muhyiddin hari ini membuat pusingan U apabila bersetuju untuk mengekalkan jawatan Presiden setelah mendapat restu Noorainee untuk terus memimpin parti berkenaan.

Selain itu beliau mahu semua ahli parti berbaiah untuk teguh dan setia bersamanya, sekali gus memberi dukungan kepada parti untuk merampas kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.