PRK Kemaman: Rakyat perlu guna peluang bentuk hubungan dengan kerajaan pusat

Adam Adli padang sidang akhbar Kongres Nasional Tahunan AMK 2023 di di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya pada Sabtu.
Adam Adli padang sidang akhbar Kongres Nasional Tahunan AMK 2023 di di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya pada Sabtu.
A
A
A

PUTRAJAYA – Pengundi di Parlimen Kemaman, Terengganu seharusnya menggunakan peluang yang ada untuk membentuk hubungan antara negeri itu dengan kerajaan pusat.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli berkata, calon yang diletakkan oleh Kerajaan Perpaduan menerusi Barisan Nasional (BN) seharusnya menjadi satu peluang kepada rakyat di Kemaman untuk adakan satu jambatan antara Terengganu dan kerajaan pusat.

“Sekarang ini tiada jambatan masalahnya, ‘clean sweep’ di Terengganu, jadi ada kelebihan kalau ada ahli Parlimen Terengganu yang datangnya dari Kerajaan Perpaduan dan ia akan beri kelebihan kepada calon yang diletakkan.

“Memang kita harap rakyat di Kemaman boleh menilai bahawa ini peluang untuk kita adakan satu jambatan, soal penguasaan politik oleh Perikatan Nasional (PN) di Terengganu tiada isu, calon menteri besar dia pun dah ada peranan dan ada kedudukannya, di peringkat DUN pun sama mereka ada kedudukan yang kukuh tiada isu pun jika undi pilihan raya kecil (PRK) Kemaman diberikan kepada Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Kongres Nasional Tahunan AMK 2023 di di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya pada Sabtu.

Mengulas usaha menarik golongan muda, Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, golongan muda fokusnya tidak berlaku di lapangan namun mereka banyak mengambil input pandangan daripada media sosial.

“Tentu sekali saya harap lebih banyak kita boleh lakukan, di media sosial kita boleh tonjolkan terutama sekali kelebihan yang boleh ditawarkan oleh calon BN-Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Pada PRK kali ini, Pas mempertaruhkan Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar manakala BN meletakkan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (Bersara) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor

Artikel Berkaitan:

PRK Kemaman diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid pada PRU15 setelah pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi.

Susulan itu, Pas pada 3 Oktober lalu memutuskan untuk tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan petisyen berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Kemaman diadakan pada 2 Disember dan hari penamaan calon pada 18 November.

Pada PRU15 lalu, Che Alias menang dengan majoriti 27,179 undi apabila meraih 65,714 undi menewaskan calon BN, Datuk Seri Ahmad Said (38,535 undi), calon Pakatan Harapan, Hasuni Sudin (8,340 undi) dan calon Parti Pejuang Tanah Air, Rosli Ab Ghani (506 undi).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!