Tentera pernah sertai misi menyelamat di Tham Luang meninggal

Beirut Pakbara
Beirut Pakbara
A
A
A

BANGKOK - Seorang anggota pasukan SEAL, Tentera Laut Thailand yang terlibat dalam misi menyelamat 12 pemain bola sepak remaja bersama jurulatih mereka dalam gua Tham Luang di utara Thailand yang ditenggelami banjir pada tahun lalu meninggal dunia.

Tentera Laut Thailand dalam satu kenyataan lewat semalam memaklumkan Beirut Pakbara jatuh sakit selepas beliau menyertai misi tersebut.

"Keadaannya menjadi semakin buruk dan beliau meninggal akibat jangkitan dalam darah," ujar tentera lagi yang turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarganya.

Beirut selamat dikebumikan di kawasan kediamannya di wilayah Satun semalam.

Sebelum ini, seorang penyelam pasukan SEAL, Tentera Laut Thailand, Saman Gunan juga meninggal dunia selepas mangsa dipercayai kehabisan oksigen ketika menyertai misi tersebut.

Sebuah patung sempena memperingati jasa Saman turut didirikan berhampiran pintu masuk Tham Luang yang kini menarik kunjungan lebih 1.3 pelancong sejak kisah kesemua pemain pasukan Wild Boars itu mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.

Operasi menyelamat selama 18 hari yang penuh dramatik juga diangkat ke layar perak menerusi filem berjudul 'The Cave' yang mula ditayangkan di Thailand pada bulan lalu. - AFP

Artikel Berkaitan: