Ulam, ikan rebus rahsia umur panjang Tok Pora

Sepora (dua dari kanan) bersama tiga daripada empat anaknya, Zainurin Hamid, 54 (kanan), Zatin Hamid, 59 (dua dari kiri) dan Salbiah Hamid, 63, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telok Berembang, Pulau Tuba, Langkawi baru-baru ini. - Foto Bernama

A
A
A

LANGKAWI - Amalan mengambil ulam-ulaman, hanya makan ikan yang direbus dan bakar serta mengelak menu bergoreng menjadi resipi rahsia buat wanita ini kekal sihat pada usia lebih 100 tahun.

Sepora Amin, 104, berkata, dia percaya pilihan menu sihat serta kehidupan aktif yang diamalkan sejak usia remaja membantu dirinya untuk terus kekal sihat tanpa sebarang masalah kesihatan.

“Sejak muda lagi saya memang aktif turun ke laut untuk menangguk udang siring dan mencari siput. Aktiviti tersebut diteruskan selepas berkahwin untuk membantu arwah suami.

“Selain itu saya amalkan makan pucuk kayu seperti pucuk cemumar, pucuk kaduk, pucuk palas atau apa sahaja pucuk kayu yang boleh dimakan. Ikan pula direbus atau bakar kerana saya memang tidak suka makan masakan rendang atau bergoreng,” kata ibu tunggal itu di rumahnya di Kampung Telok Berembang, Pulau Tuba di sini.

Kisah Sepora atau dikenali dengan panggilan Tok Pora yang masih kuat turun ke laut pada usia emas untuk menangguk udang siring dan mencari siput tular di media sosial baru-baru ini. - Foto Bernama
Kisah Sepora atau dikenali dengan panggilan Tok Pora yang masih kuat turun ke laut pada usia emas untuk menangguk udang siring dan mencari siput tular di media sosial baru-baru ini. - Foto Bernama

Kisah Sepora atau dikenali dengan panggilan Tok Pora yang masih kuat turun ke laut pada usia emas untuk menangguk udang siring dan mencari siput tular di media sosial baru-baru ini.

Bercerita lebih lanjut, Tok Pora ibu kepada enam cahaya mata itu mengakui kadangkala anaknya menasihati beliau supaya tidak turun ke laut atas faktor usia.

“Kadangkala saya tak ikut juga nasihat mereka. Saya ni tak boleh duduk saja nanti sakit sebab tak keluar peluh rasa nak demam saja lagi pun bukan tiap hari ke laut bergantung kepada keadaan.

"Tapi bila ke laut menyauk udang atau mencari siput diri ini rasa sihat sebab saya boleh buat aktiviti yang disukai,” katanya sambil menambah udang yang ditangguk dijadikan belacan. - Bernama

Artikel Berkaitan: