Kempen #LookGoodFeelGood tingkat kesedaran gaya hidup sihat

Warga kerja Kumpulan Media Karangkraf menyertai kempen #LookGoodFeelGood, di sini, pada Jumaat.
Warga kerja Kumpulan Media Karangkraf menyertai kempen #LookGoodFeelGood, di sini, pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Kempen ‘#LookGoodFeelGood’ anjuran Sinar Harian dan Mission Foods mengajak warga kerja Kumpulan Media Karangkraf untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemakanan sihat dan gaya hidup yang aktif, pada Jumaat.

Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, program yang diadakan pada jam 1 hingga 5 petang itu bertujuan memperkasakan pengetahuan kakitangan berkaitan kesihatan dan kesejahteraan hidup agar sentiasa positif serta sihat selain dapat mengekalkan mutu kerja lebih produktif dan efisien.

Ujarnya, pelbagai aktiviti menarik berkaitan penjagaan kesihatan juga dianjurkan pada kempen tersebut.

“Antaranya ialah pemeriksaan indeks jisim badan (BMI) secara percuma, khidmat nasihat daripada pakar kesihatan, meditasi iaitu teknik pernafasan untuk mengurangkan tekanan termasuk penjagaan jantung dan fizikal.

“Ia termasuk penampilan istimewa pempengaruh, Nana Mohd, yang berkongsi cara mencapai kesejahteraan kesihatan terutama ketika bekerja.

“Selain itu, kakitangan juga dapat mencuba pelbagai jenis makanan lazat dan berkhasiat selain berpeluang membawa pulang cenderahati menarik,” katanya kepada Sinar Harian.

Warga kerja Kumpulan Media Karangkraf menyertai aktiviti dalam kempen 'LookGoodFeelGood
Warga kerja Kumpulan Media Karangkraf menyertai aktiviti dalam kempen 'LookGoodFeelGood

Sementara itu, Pengurus Jenama Mission Foods Asia Selatan, Randall Tan berkata, kempen #LookGoodFeelGood tersebut dibuat untuk menggalakkan individu mengawal pengambilan makanan selain memberi tumpuan meningkatkan kesejahteraan fizikal mereka.

Artikel Berkaitan:

“Kita sering mengabaikan kesejahteraan fizikal kerana jadual yang padat dan pilihan gaya hidup. Apabila usia semakin meningkat, ia memberi kesan tubuh badan kita.

“Kesedaran ini membawa kepada permulaan kepada kempen berkenaan sejajar dengan pelancaran dua jenis produk baharu iaitu ‘Protein Wraps Wholemeal dan Salt Reduced Wholemeal Wraps’,” ujarnya.