Hujan lebat tahap buruk di Kelantan, Terengganu hingga Ahad

Gambar hiasan - Foto AFP
Gambar hiasan - Foto AFP
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan serta seluruh Terengganu sehingga Ahad ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, amaran di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

METMalaysia turut meramalkan hujan berterusan tahap waspada dijangka di Gua Musang, Kelantan manakala di Pahang melibatkan dua kawasan iaitu Jerantut dan Kuantan dalam tempoh sama.

Amaran hujan berterusan turut dikeluarkan bagi keseluruhan daerah di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang manakala di Perak melibatkan beberapa kawasan seperti Kerian; Larut, Matang dan Selama; Hulu Perak; Kuala Kangsar dan Manjung bermula esok hingga Khamis. - Bernama

Artikel Berkaitan: