Sila log masuk terlebih dahulu.

Ketua Penerangan Bersatu Terengganu, Datuk Razali didakwa menghasut  

24 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 24 NOVEMBER 2023

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan menghasut, dengan mengaitkan pembebasan seorang pemimpin daripada 47 kes jenayah dengan sabitan bersalah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, dua minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Azlida Alimin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal berusia 57 tahun ini, membuat pengakuan berkenaan, selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, N Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan, Exco kerajaan Terengganu itu, didakwa menyebut perkataan menghasut sebagaimana dalam lampiran, iaitu menyentuh keputusan institusi kehakiman serta memfitnah badan kerajaan, di Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu, antara jam 9.30 hingga 11:30 malam pada 10 November lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut perenggan 4(1) (b) Akta Hasutan 1948, yang boleh dihukum bawah subseksyen 4(1) akta yang sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur, Datin Kalmizah Salleh mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, beserta syarat tambahan iaitu tidak membuat sebarang hantaran atau komen berhubung kes terbabit.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/636225/berita/semasa/ketua-penerangan-bersatu-razali-idris-didakwa-menghasut

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #Bersatu