Maritim Malaysia patah 125 cubaan seludup PATI sejak tahun lalu

Maritim Malaysia tidak kompromi dalam usaha mengekang cubaan penyeludupan PATI.
Maritim Malaysia tidak kompromi dalam usaha mengekang cubaan penyeludupan PATI.
A
A
A

PUTRAJAYA - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mematahkan 125 cubaan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) sejak tahun lalu.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, sepanjang tahun 2022, Maritim Malaysia berjaya menghalang 51 kes cubaan membawa masuk 413 PATI.

"Bagi tahun ini bermula Januari sehingga hujung minggu lalu, kita berjaya mematahkan 74 kes cubaan membawa masuk seramai 277 PATI ke negara ini.

Maritim Malaysia tidak kompromi dalam usaha mengekang cubaan penyeludupan PATI.
Maritim Malaysia tidak kompromi dalam usaha mengekang cubaan penyeludupan PATI.

"Kita menegaskan pihak agensi tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menceroboh atau membawa masuk PATI atau mana-mana kumpulan melalui perairan negara tanpa kebenaran yang sah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, pihaknya tegas dalam memastikan tiada sebarang aktiviti terbabit dilakukann oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di kawasan perairan negara.

Katanya, Maritim Malaysia komited mengekalkan keselamatan negara daripada ancaman terbabit dengan mengambil tindakan tegas serta terancang bagi memastikan keselamatan perairan negara dan kesejahteraan rakyat terjaga.

Maritim Malaysia tidak kompromi dalam usaha mengekang cubaan penyeludupan PATI.
Maritim Malaysia tidak kompromi dalam usaha mengekang cubaan penyeludupan PATI.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan terus mempertingkatkan rondaan khususnya di kawasan sempadan perairan negara selain memperkasa kerjasama dengan agensi-agensi keselamatan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) termasuk pihak berkuasa tempatan serta pihak berkuasa negara jiran untuk memantau dan mengawal pergerakan yang mencurigakan daripada memasuki ke Zon Maritim Malaysia," ujarnya.

Tambahnya, berdasarkan kepada data berkenaan, jelas menunjukkan kesiapsiagaan Maritim Malaysia berada pada tahap yang optimum dan terbaik dalam memastikan perairan negara selamat.