Pesara maut, isteri dan dua cucu cedera

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan tersebut.
Pix Ihsan JBPM
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan tersebut. Pix Ihsan JBPM
A
A
A

JERANTUT - [DIKEMAS KINI] Seorang pesara kerajaan maut manakala isteri dan dua cucu lelakinya cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori di Kilometer (KM) 4, Simpang Batu Embun, Jalan Jerantut-Kuala Tembeling di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azman Mat Kamis, dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, mangsa, Zainallah Abdullah, 74, meninggal dunia di tempat kejadian.

"Hasil siasatan yang telah dijalankan di tempat kejadian, kemalangan berlaku semasa kereta yang dipandu mangsa bersama tiga penumpang lain dari arah Jerantut menghala ke Pulau Mansok.

"Setibanya di tempat kejadian, ketika pemandu kereta itu telah keluar dari simpang hendak ke kanan menghala ke Pulau Mansok telah dilanggar oleh lori yang datang bergerak lurus dari hala Pulau Mansok ke Kuala Tembeling," kata beliau dalam kenyataan pada Khamis.

Ujar Azman, kemalangan tersebut menyebabkan pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian, manakala isterinya, Rapiah@Ramlah Abdul Manah,71, yang duduk di bahagian hadapan penumpang cedera parah dan dirawat di Hospital Jerantut.

Jelas beliau, dua cucu mereka berusia 3 dan 6 tahun yang duduk di bahagian belakang cedera di bahagian kepala.

"Saksi kejadian akan dipanggil bagi membantu siasatan lanjut oleh pihak polis.

“Pemandu lori berusia 39 tahun tidak mengalami kecederaan dan ujian saringan awal air kencing telah diambil dan didapati negatif," jelas beliau kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, tujuh anggota dan dua pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut bersama dua jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

"Terdapat seorang lelaki dewasa meninggal dunia dalam kereta terbabit manakala seorang perempuan dewasa cedera parah dan dua kanak-kanak lelaki cedera dalam kenderaan sama.

"Pasukan bomba membuat operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat," ujar beliau.